19Oktober2018

Alamak...Takutnya dengar Tun Daim punya gempak

Jangan sangka air yang tenang tidak ada buaya.Jadi awas takut nanti Tun Daim Zainuddin mengaum.Susah...kalau orang yang terkenal dengan gelaran ‘Daim yang diam’ buka mulut.
 
’Jangan cuba cucuk saya…jika tidak esok saya melatah...susah nanti,”katanya.

Itu ayat bekas Menteri Kewangan dan orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad bunyi macam bagi amaran kepada pimpinan UMNO jangan nak cakap lebih lebih.
 
Dakwanya beliau tahu lebih banyak dari Dr Mahathir pasal latar belakang pimpinan UMNO.
 
Daim yang diketahui umum kaya raya berkata demikian pada satu majlis pakatan pembangkang di Permatang Pauh Ahad.
 
Mendengar gempak Daim ini ada kalangan pemerhati politik yang kata  “ bukan main Daim cakap deras”.
 
"Cakap deras” ialah istilah Orang Utara bagi yang cakap dengan nada ranggi atau tunjuk terror.
 
Menurut mereka sebenarnya apa yang orangramai sangat nanti nak dengar dari Daim sekarang ialah reaksinya mengenai dakwaan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli yang dia dipaksa beli saham MAS RM8 pada tahun 1994.
 
Ini merujuk kepada klip video pengakuan Tajuddin yang mendakwa bahawa Daim telah mendesaknya beli juga saham MAS pada harga itu dengan alasan ‘you don’t say no to the Prime Minister’ yakni Dr Mahathir.
 
Menurut Tajuddin dia asalanya setuju beli jika harga saham itu RM3 seunit dan kemudian setelah didesak paling tinggi berani RM dan tidak setuju kalau RM8.
 
Namun Daim tetap desaknya dengan kata kata ‘you don’t say no to the Prime Minister’.
 
Ekoran itu Tajuddin telah membeli MAS pada harga RM8 seunit saham yang seluruhnya bernilai RM 1.79 billion.
 
Tajuddin menjadi Penerusi MAS dari tahun 1994 hingga 2001.
 
Pada tahun 2001 kerajaan membeli semula saham MAS pada RM8 sesaham sama waktu Tajuddin beli dulu walaupun harga pasarannya ketika itu hanyalah RM3.68 sesaham. 
 
Isu kerajaan rugi duit dalam pembelian saham MAS adalah salah satu yang dipersoalkan mengenai pentabiran Dr Mahathir,selain kerugian Bank Negara dalam tukaran wang asing,Perwaja dan lain-lain.
 
Hairan sampai hari ini setelah video pengakuan Tajuddin itu tersebar lebih seminggu,Daim masih membisu tidak beri sebarang komen.
 
Pelik...kenapa Daim malu malu nak bercakap bagi penjelasan pada dakwaan itu.
 
Dakwaan Tajuddin dia dipaksa oleh Daim beli saham itu adalah serius apa lagi tokoh koprat itu adalah orang yang diketahui rapat dengannya dulu.
 
Dalam bab ‘cakap deras’ ini ramai rakyat juga kini tertunggu tunggu nak dengar penjelasan Daim pasal U-Turn dia mengenai GST.
 
Bukankah dalam satu klip video perbualan pada tahun 2015 bekas Menteri Kewangan itu terang terang memberitahu beliau sendiri ada rancangan hendak perkenalkan GST kerana ia sistem percukaian yang baik untuk negara.
 
Ikut cakapnya dalam video itu malah Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Menteri Kewangan juga ada rancangan nak perkenal GST.
 
Ewah…sekarang dalam ceramahnya sokong Dr Mahathir dan pembangkang dimana mana Daim bukan main punya kutuk dan gelar GST sebagai “Goverment Tipu Rakyat’.
 
Itulah ‘Daim yang diam’...tapi cakap deras bukan main.
 
Selamba saja buat U-Turn ala Dr Mahathir sekalipun bukti perbualan dalam video itu terbentang depan mata.- 7/5/2018
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 573  tetamu dalam talian