21November2017

Al-Fatihah...Sultan Kedah mangkat....

Sultan Kedah ,Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah mangkat sekitar jam 2.30 petang Isnin di Istana Anak Bukit,Alor Star.

Baginda berusia 89 tahun.

Kemangkatan Sultan Kedah agak mengejutkan kerana kebelakangan ini tiada laporan mengatakan baginda gering.

Baginda rasmi dilantik sebagai Sultan Kedah pada 20 Februari 1959 selepas kemangkatan ayahanda baginda,Sultan Badlishah pada 14 Julai 1958.

Sementara itu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sidang akhbar lewat petang Isnin memberitahu jenazah Almarhum Sultan Kedah akan dimakamkan di Makan Diraja Langgar jam 4 petang.

Katanya jenazah Almarhum baginda akan disembahyangkan di Istana Anak Bukit jam 10.30 pagi.

Manakala untuk tujuan penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum akan diadakan di balai hadapan istana berkenaan dari jam 11 pagi hingga jam 12 tengahari.

Beliau isytihar Selasa cuti umum seluruh Kedah kecuali untuk peperiksaan UPSR.- 11/9/2017

 

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1256  tetamu dalam talian