16Disember2017

Al-fatihah...Raja Ahmad,bekas Naib Presiden FAM dan bekas MP Larut sudah tiada

Di zaman kegemilanganya,beliau cukup terkenal.Antaranya ialah memegang jawatan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).Selain itu bekas Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Larut di Perak.
 
Pagi Jumaat…jam 8.45 pagi Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kubu Gajah meninggal dunia kerana jangkitan kuman pada paru-paru dan tekanan darah rendah.
 
Allahyarham ialah bekas wartawan yang menyertai politik dengan menjadi Setiausaha Akhbar dan kemudian Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak Datuk Wan Mohamad Wan Teh.
 
Kemudianya menjadi Setiausaha Akhbar dan seterusnya Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Perak,Tan Sri Ramli Ngah Talib selama 17 tahun.
 
Beliau bertanding kerusi parlimen Larut pada pilihanraya umum 1999 dan 2004.
 
Selepas pilihanraya umum Mac 2004 beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen (BNBBC).
 
Bagaimanapun pada awal bulan Mei 2006 ,Raja Ahmad tiba-tiba kena memikul tugas sebagai Pengerusi BNBBC.
 
Ini berikutan perletakan jawatan Tan Sri Shahrir Samad sebagai Pengerusi BNBBC ekoran kontroversi mengenai isu' tutup sebelah mata ' ahli parlimen Jasin,Datuk Mohd Said Yusof bila mana beliau menyokong usul pembangkang di Dewan Rakyat.
 
Antara jawatan lain yang pernah disandang Allahyarham ialah Pengerusi Lembaga Perlesenan Jalan Malaysia dan Pengurus pasukan Bola Sepak Perak.- 9/6/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1076  tetamu dalam talian