23Oktober2017

Al-Fatihah....Iron Lady Datuk Maznah Hamid sudah tiada

Datuk Maznah Hamid yang sangat dikenali dengan gelaran ‘Iron lady’ meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN) 6 petang Rabu. 
 
Allahyarham ialah Exco Wanita UMNO Malaysia dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd. 
 
Maznah,62 berada dalam keadaan kritikal sejak lima hari kebelakangan ini kerana komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung  di situ pada 29 September lalu.

Beliau mula jalani rawatan jantung di IJN pada 18 September.

Sementara itu anaknya Nur Shamila memberitahu jenazah ibunya akan dibawa pulang ke kediaman di Ukay Heights, Ampang pada pukul 10 malam ini.

Katanya solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar pada Khamis di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (TAR), Ampang.

Jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih di Kuala Lumpur selepas solat Asar, Khamis.- 4/10/2017

 

 



PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 799  tetamu dalam talian