16Oktober2018

Al-Fatihah…Mahadzir Lokman ditemui meninggal dunia di bilik hotel Kota Kinabalu

Siapa yang tidak kenal Datuk Mahadzir Lokman.Suaranya sebagai pengacara sering menyerikan majlis majlis di serata negara kebelakangan ini.
 
Pagi Jumaat negara menerima khabar duka.Pengacara terkenal dan bekas pembaca berita TV3 itu yang berusia 61 tahun meninggal dunia di bilik penginapan di sebuah hotel di Kota Kinabalu.
 
Beliau ditemui sudah meninggal dunia oleh seorang rakannya yang sebelum itu gagal menghubunginya.
 
Allahyarham Mahadzir berada di Kota Kinabalu sejak Khamis kerana sesuatu urusan bersama keluarga rakannya itu.
 
Beliau sempat makan malam bersama keluarga rakannya sebelum pulang ke bilik pada 10.40 malam tadi.
 
Difahamkan beliau ada menghantar ucapan selamat pagi di 'group' WhatsApp yang turut disertai rakan baiknya pada jam 5 pagi.
 
Pada 9.30 pagi kenalan rapatnya memanggil mangsa tetapi tiada jawapan sebelum meminta bantuan pihak hotel untuk membuka pintu bilik.
 
Sebaik dibuka mangsa didapati tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Queen Elizabeth 1.
 
Siasatan polis dapati tiada unsur jenayah.
 
Pada September tahun lalu, Allahyarham pernah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur kerana masalah buah pinggang dan paru-paru.
 
Sebaik menerima berita itu keluarganya telah bergegas ke Kota Kinabalu untuk membawa pulang jenazahnya ke Kuala Lumpur.- 3/8/2018
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 640  tetamu dalam talian