31Mac2017

Akhirnya...kapal flotila akan berlabuh dan turunkan bantuan Rohingya di Cox Bazar

Perubahan terpaksa dibuat pada misi Flotila ke Myanmar yang kini sudah berada dalam perairan Bangladesh.
 
Asalnya kapal pembawa misi Nautical Aliya berlayar untuk menuju ke pelabuhan Chittagong setelah kerajaan Bangladesh tidak benarkan mereka ke Teknaf.
 
Terbaru kapal itu akan berlabuh di Cox Bazar ( lihat peta) yang terletak lebih ke selatan berbanding Chittagong.
 
Keputusan itu dicapai hasil pertemuan ketua misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dengan Kapten Mohd Nizamul Haq dari tentera laut Bangladesh diatas kapal Nautical Aliya.
 
Azeez memberitahu wartawan yang sertai misi perubahan ini dibuat kerana pelabuhan Chittagong sibuk serta jauh dari kem pelarian.

Kapal itu kini sudah pun berlabuh dekat Cox Bazar.

Sebelum itu sejurus kapal memasuki perairan Bangladesh dekat Pulau St Martin,empat buah kapal perang Bangladesh telah mengiringi dan beri pandu arah.

Azeez keputusan ini adalah satu pendekatan terbaik.

Beliau memberitahu keputusan ini dicapai hasil perbualan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri Bangladesh Shaikh Hasina Wazed Ahad malam.

Menurut beliau mungkin tongkang akan digunakan untuk angkut barang bantuan ke kem dua pelarian Rohingya berdekatan.
 
"Misi fasa kedua telah selamat sampai..."katanya.- 13/2/2017 - DARI MOHAMED HIEKAL DIATAS NAUTICAL ALIYA



 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 666  tetamu dalam talian