27Julai2017

Akhirnya... Azizulhasni bergelar juara dunia acara keirin

Pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang, memenangi gelaran dunia pertamanya apabila muncul juara dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, sebentar tadi.

Azizulhasni yang digelar "Pocket Rocketman" memecut pada pusingan terakhir meninggalkan peserta Colombia, Fabian Puerta dan Republik Czech, Tomas Babek.

Jersi pelangi dengan warna asas putih serta lima jalur mendatar berwarna hijau, kuning, hitam, merah dan biru di bahagian dada adalah jersi yang dihadiahkan kepada juara dunia, yang boleh dipakai dalam perlumbaan di sepanjang tahun oleh pemiliknya.

Ini merupakan kejayaan sulung beliau selepas 10 tahun mencuba menjuarai acara keirin.-13/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 704  tetamu dalam talian