22September2018

Akaun bank parti SUPP Sarawak juga kena beku…

KEMASKINI : Rupanya akaun bank Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yakni bekas anggota komponen BN juga dibekukan oleh SPRM pada Jumaat.
 
Ini selain dari akaun UMNO Johor.
 
Pembekuan akaun SUPP disahkan oleh Presidennya Datuk Dr. Sim Kui Hian menerusi satu kenyataan.
 
"SUPP menerima sepucuk surat daripada banknya menyatakan akaun ibu pejabat parti telah dibekukan selama tiga bulan bagi siasatan SPRM.
 
"SUPP akan akur dengan sebarang siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa seperti yang diamalkan selama ini,"katanya. 
 
Pembekuan akaun UMNO Johor oleh SPRM disahkan oleh Setiausaha Perhubungan UMNO Johor Datuk Md Jais Sardy.
 
Katanya UMNO negeri ini tidak khuatir akaun parti itu dibekukan, malah bersedia untuk memberi kerjasama kepada SPRM bagi melancarkan siasatan yang dijalankan.
 
Jais kata langkah tersebut tidak harus ditakutkan kerana UMNO negeri ini mempunyai rekod bagi setiap aliran wang dan berharap tindakan itu bersifat sementara.
 
Beliau berkata, hingga kini masih belum ada wakil SPRM menghubungi pihaknya untuk mengadakan pertemuan bagi membantu siasatan yang dijalankan.

Pada Khamis akaun inupejabat UMNO Malaysia dan UMNO Selangor dibeku.
 
Sementara itu akhbar Berita Harian memetik sumber sebagai memberitahu  SPRM sudah membekukan 900 akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Sumber berkata, antara akaun yang dibekukan itu adalah milik UMNO.
 
"Mereka yang mendapati tidak lagi mempunyai akses kepada akaun mereka sejak beberapa hari lalu, termasuk individu yang disiasat adalah kerana dipercayai ada kaitan dengan siasatan 1MDB," kata sumber itu.- 29/6/2018
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 511  tetamu dalam talian