12Disember2018

Ahli Parlimen kerajaan PH tak senang duduk masa Najib bahas di Dewan Rakyat…

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis tampil berbahas pertama kali sebagai Ahli Parlimen pembangkang dimana beliau antara lain menyuarakan kebimbangan terhadap nasib peneroka FELDA yang dakwanya diabaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan.
 
Bekas Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pekan itu juga mempertahan sistem cukai GST lebih baik dari SST yang hendak diperkenal balik oleh kerajaan PH mulai 1 September ini.
 
Perbahasan beliau sekitar 15 minit pada sesi perbahasan titah ucapan Yang Dipertuan Agong jelas membuatkan kalangan Ahli Parlimen PH tak senang duduk dan beberapa kali cuba ganggu dan minta mencelah.
 
Beliau mulakan ucapan dengan menafikan dakwaan kononnya ada panggil mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada malam keputusan PRU14 pada 9 Mei untuk cari jalan kekal berkuasa sekalipun BN kalah.
 
Katanya boleh tanya sendiri pada Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara untuk mengesahkan hal itu.
 
Najib menegaskan kedudukan ekonomi negara adalah kukuh dibawah pentabiran beliau selama 9 tahun hinggalah ke PRU14.
 
Menurutnya dasar Transformasi Nasional kerajaan BN dulu telah mengurangkan negara dari pergantungan keatas minyak sebagai sumber pendapatan dari asalnya 44 peratus kepada 14 peratus sahaja.
 
Malah katanya indeks Bursa Malaysia beradas diparas kukuh 1895 mata pada 20 April 2018 manakala aset negara juga bertambah.
 
Beliau bimbang melihat nasib peneroka FELDA dan begitu juga RISDA dan FELCRA kerana mendakwa kerajaan PH seolah abai mereka.
 
Katanya semasa pentabirannya pelbagai usaha dibuat hingga dapat beri dividen,bonus dan duit raya kepada mereka.
 
Beliau imbas kembali semasa pentabiran pemimpin dulu yang jelas merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun nasib peneroka FELDA tidak diberi keutamaan kerana tumpuan adalah pada industri.
 
Katanya ketika itu FELDA diminta cari dana sendiri.
 
”Jaga kebajikan FELDA jadi keutamaan saya selama ini,”katanya.
 
Bekas Perdana Menteri itu kata sebelum 9 Mei harga sawit adalah stabil dan tinggi setelah beliau berbincang dengan China untuk tambah belian.
 
Namun katanya kini harga minyak sawit sudah menyusut dan China kini banyak beli minyak sawit dari Indonesia.
 
Serentak dengan itu Najib bertanya apa jadi pada manifesto Pakatan Harapan nak batal semua hutang peneroka dalam tempoh 100 hari. 
 
Mengenai GST beliau menegaskan ia jauh lebih baik dari SST dimana GST dapat menyekat ‘ekonomi gelap’ lari cukai dan pengaliran keluar dana haram.
 
Katanya hasil dari kutipan cukai menerusi sistem itu BR1M dapat diberi kepada golongan pendapatan rendah B40.
 
Najib kata sebelum PRU14 beliau juga menjanjikan satu kenaikan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.
 
Katanya kini ramai penjawat awam mengeluh kerana terlepas gara gara langkah populis nak hapus GST. - 26/7/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 282  tetamu dalam talian