23November2017

Agendadaily kongsi segmen The Star dalam pemasaran affinity

Firma kaji selidik Politweet menunjukkan @agendadaily menduduki tempat kelima dengan peratusan 73.91 sebagai organisasi yang mampu menjadi platform bagi menjual produk berkaitan berita di dalam kategori pemasaran affinity.

Hasil analisa tersebut turut mengesyorkan pemasaran affinity yang paling disukai oleh pengguna dan sekaligus membantu Politweet untuk mengenalpasti pengguna Twitter yang berkongsi minat sebagai sasaran berdasarkan kepada lokasi para pengguna.

@thestarmetro menduduki tangga teratas sebagai pemasaran affinity yang paling banyak pengikut dengan jumlah 83.87 peratus diikuti @theSundaily dengan peratusan 82.59.

Kedudukan ketiga pemasaran affinity mengikut firma tersebut ialah @malaymail dengan 79.76 peratus dan kedudukan keempat ialah @gtp_roadmap dengan 76.58 peratus.

Selain itu, kumpulan affinity yang menduduki tempat kesepuluh teratas ialah @fmtoday (73.68 peratus), @liowtionglai (73.17 peratus), @insider_latest (73.07 peratus), @starbizmy (72.52 peratus) dan @washingtonpost (71.42 peratus).

Pemasaran affinity adalah konsep yang terdiri daripada perkongsian antara syarikat dan organisasi yang mengumpulkan orang yang berkongsi minat yang sama yang juga dikenali sebagai kumpulan affinity.

Nama affinity digunakan sebagai tahap kesepaduan, ikatan sosial, identifikasi dan piawaian kumpulan rujukan tertentu manakala pemasaran pula memberi gambaran sebagai jangkaan manfaat untuk memberi kepuasan kepada keperluan dan kehendak pengguna.

Pemasaran affinity berbeza dengan penjenamaan semula. Keuntungan penjenamaan semula datang daripada kesatuan beberapa buah syarikat manakala manfaat pemasaran affinity lebih kepada kepuasan mental unutuk mendapatkan keuntungan daripada kumpulan affinity.

Pemasaran affinity turut mempunyai halangan tersendiri

Politweet merupakan firma penyelidikan yang menganalisis interaksi di kalangan rakyat Malaysia yang mengguna media sosial. Ia mula memantau politik dan aktiviti di Twitter sejak tahun 2009 dan berkembang ke Facebook bermula pada Disember 2012.

Politweet memberi tumpuan kepada menyelidik kepentingan sosio-politik rakyat Malaysia di Twitter antaranya bilangan rakyat Malaysia yang berminat dalam isu politik, aggaran pemahaman mereka di Twitter, topik yang mendapat sambutan, keberkesaan geraka sosial di Twitter dan mengenalpasti rakyat Malaysia dan ahli politik yang berpengaruh di Twitter.-13/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 637  tetamu dalam talian