19November2017

15 AMK kena cekup nak ganggu program PM di Permatang Pauh

Sejak semalam lagi berbagai provokasi dibuat oleh PKR Pulau Pinang menjelang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di kubu kuat mereka Permatang Pauh.

Malam tadi mereka sengaja meletakkan bendera PKR di sebelah setiap bendera BN yang dipasang untuk sambut kehadiran Najib.

Sebentar tadi kemuncaknya selepas pihak keselamatan menahan 15 pemimpin dan ahli AMK Pulau Pinang dipercayai mahu menganggu lawatan Najib.

Kumpulan itu ditahan selepas berkumpul di depan Politeknik Seberang Perai di Bukit Mertajam, di mana perdana menteri dijangka menyertai ribuan orang sebentar lagi.

Ketua Pemuda PKR (AMK) negeri, Asrol Sani Abdul Razak mengesahkan kejadian itu.

Mereka yang ditahan itu termasuk Asrol Sani dan anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai Ong Jing Cheng kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.-17/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 701  tetamu dalam talian