Sel05212013

Kemaskini terakhir08:09:39 AM GMT

Back Ruangan Ruangan Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK

Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK

Memo panjang dan pengalaman pahit dewasakan saya ....

Membaca ulasan dan pandangan kawan-kawan melalui Facebook, banyak mengembalikan kenangan lama yang telah dilalui. Ada ketikanya tulisan mereka bukan sahaja menghimbau kenangan lama bekenaan, tetapi juga menjadi sumber  ilham untuk mengisi ruangan ini.

Demikianlah tidak lama dahulu apabila saya menyentuh sedikit kenangan bersama bos lama di Utusan, Abdullah Hassan. Walaupun sudah beberapa perkara disebut mengenai pengalaman bertugas di Pantar Timur negara, Encik Abdullah Hassan yang lebih mesra dipanggil Ceklah atau Ciklah sambil berjenaka menulis dalam FB kepada saya bertanyakan:

“Tak mahu tulis fasal kena memo daripada ZAM... Tu beli durian penuh satu van tak tulis lagi.”

Tak puas interaksi di FB, saya menelefon Ceklah untuk...

Mana Hiburan Rakyat 1 Malaysia....?

Apabila mendapat jemputan dari Istana Budaya untuk menyaksikan Konsert Pop Yeh-yeh pertengahan bulan lalu saya tak sabar-sabar lagi untuk hadir.  Sudah dua kali konsert yang sama diadakan di situ, tetapi kedua-dua kalinya saya tak dapat hadir kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.  Jadi, apabila konsert diadakan dari 20 hingga 22 Januari lalu, saya tak sabar-sabar lagi untuk hadir pada malam kedua.

Walaupun ketika para artis 1960-an menjulang nama masing-masing saya baharu  bersekolah...

Wartawan bagus vs wartawan bogus...

Nak cerita mengenai pengalaman-pengalaman lama sebagai wartawan. Namun sebelum itu kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Kamariah Ahmad mantan wartawan Utusan Melayu yang telah kembali ke rahmahmatullah baru-baru ini. Al-Fatihah.  Kamariah seorang wartawan gigih...yang dia tahu cuma kerja dan kerja selepas tu balik rumah. Pagi ke mahkamah, petang balik ke pejabat dan malam terus balik Semenjak mengenali Allahyarham, beliau memang tinggal bersendirian dan sehinggalah menghembus nafas...

RM4 sebiji.. berhentilah makan telur penyu!

Baru-baru ini saya menelefon Azman Suradi, bekas Penolong Pengarang di meja sukan Utusan kerana mahu sembang-sembang petang.  "Alah Bad...aku dah tersarung ni. Pagi tadi dia orang ajak aku sarapan. Aku jointlah..kemudian kena sarung.. petang ni dah sampai Kuala Terengganu,'' demikian Azman memberitahu.

Tidak lama selepas berhenti dari Utusan, Azman mengikut langkah yang sama. Dia berhenti tak jadi Ahli Parlimen..cuma banyak membantu hal-hal politik.  Dia dan kawan-kawan lain membantu dan...

Terkenang masa lalu....

Untuk minggu ini, sebelum terus mencoret, izinkan saya menyatakan terima kasih kepada pembaca dan pengikut yang gemar memberi komen mengenai tulisan saya, samada melalui ruangan ini mahupun melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan juga panggilan telefon.

Kepada yang terus menunggu catatan dalam ruangan ini, saya akan pastikan segala-galanya adalah catatan pengalaman dan pemerhatian yang mungkin ada faedahnya untuk dikongsi. Seperti yang diingatkan oleh beberapa orang yang memberi reaksi...

Cuti-cuti dan cuit-cuit....

BARU Bersempena cuti panjang hujung tahun lalu, walaupun sebagai pesara, cuti adalah sepanjang tahun, saya ambil kesempatan berkunjung ke Taman Pertanian Shah Alam. Ha ha..sebut namanya mungkin ada yang tanya kat mana pula...?  Di Shah Alamlah.. Asalnya dipanggil dengan nama Taman Pertanian Bukit Cerakah. Dah tu tukar ke Taman Pertanian Malaysia... Taman Pertanian Seri Alam dan apa-apa lagilah.

Pada hakikatnya, taman pertanian seluas 1295 ekar ini adalah sama konsepnya sejak dibuka dengan...

Lain dahulu lain sekarang, jangan jadi lebai malang...

Seorang pengikut ruangan WADTK menelefon saya bertanya kenapa dah dua minggu berturut-turut catatan mengenai politik sahaja sedangkan awal-awal lagi dah kata jangan seret lagi ke kancah itu.

"Abang sendiri yang tulis... tapi dah dua kali tulis fasal calon yang nak bertanding sahaja..." begitu kata pembaca berkenaan yang saya agak-agak saya cam siapa dia.

Katanya, tulislah mengenai hal-hal lain. Katanya, sepanjang cuti sekolah yang panjang ini, tentu ada peristiwa menarik yang boleh dikongsi...

Saya ni menantu musuh Datok....

Dalam catatan yang lalu saya telah menyebut perihal kawan-kawan yang teringin menjadi calon dalam pilihanraya umum akan datang. Tatkala begitu ramai yang mahu 'menempah kot' tidak kurang juga terdapatnya tokoh-tokoh tertentu yang 'menolak tuah'.  Saya gunakan istilah 'menolak tuah' kerana individu berkenaan yang diuar-uarkan untuk bertanding tetapi enggan kerana alasan-alasannya tersendiri.

Tentulah kawan-kawan yang dah tempah kot menyatakan 'menolak tuah' sedangkan yang menolak itu sendiri...

Mahu ke mana selepas ini...?

Setelah sekian banyak menulis mengenai pengalaman lalu sebagai wartawan dan ahli dewan, kali ini saya terpanggil pula untuk menulis mengenai hal-hal semasa. Sebagai wartawan, saya juga berkecimpung dalam politik dan apabila menjadi ahli dewan, saya bergelumang dalam arena itu.  Kini dalam era 'tak ketahuan' saya amat kurang berpolitik, tetapi kebelakangan ini, ada kawan-kawan yang mencari saya untuk sembang-sembang politik.

Walaupun tidak keberatan untuk sembang-sembang petang, awal-awal...

Isteri terima ucapan takziah....

BARU "Saya sekeluarga ucapkan takziah kepada Datin. Semoga bersabar. Kami berada di Kelantan..." begitulah lebih kurang ucapan takziah yang diterima oleh isteri saya ketika beliau sedang bekerja di pejabat, di ibukota Kuala Lumpur. Ucapan itu diterima melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbitnya kira-kira sebulan yang lalu.

Terkejut dan tergamam beliau menerima pesanan tersebut. Mana tak tergamam...suami meninggal... mendapat pesanan daripada seseorang yang jauh di...

MB Negeri Sembilan diperdaya ibu tunggal....?

BARU Oleh kerana Bandar Baru Bangi bersempadan dengan Negeri Sembilan, iaitu melalui daerahnya Nilai, sering juga saya mengikuti siaran Negeri FM melalui gelombang 92.6. Malah, rangkaian 1 radio dalam kereta telah 'setting' gelombang tersebut. Rangakian 2 baharulah 98.3 - stesen yang amat diminati sepertimana yang dicatatkan dalam siri yang lalu.

Sebagai anak Minangkabau, loghat yang digunakan dalam Negeri FM agak bersamaan, memudahkan saya mengikuti celoteh-celoteh para djnya. Krew Pagi...

Rima diraba anu.com yang tercapai....

BARU Sejak zaman bersekolah lagi iaitu sekitar tahun 1970-an saya amat gemar mendengar siaran radio di gelombang FM97.2 iaitu stesen khas untuk anak-anak Kuala Lumpur atau kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya.  Dahulu, rangkaian ini disebut sebagai Radio Malaysia Ibukota atau ringasnya RMIK. Siapa lagi DJ terkemukanya jika bukan Zainal Din Zainal.

Bertukar peneraju di Kementerian Penerangan atau di Angkasapuri (kerana di bangunan itulah berpusatnya kementerian), bertukar pulalah nama...

Kisah roti canai banjir percuma, ayam dan rojak diskaun, sikit punya hallah.....

BARU "Bang nanti Deepavali marilah rumah... abang sama kakak mesti datang," begitu pelawa seorang wanita penjual ayam kepada saya ketika membeli tiga ekor ayam daripadanya minggu lalu. Wanita ini beria-ia mengingatkan saya agar tidak menghampa keluarganya ketika menyambut perayaan pesta cahaya itu. "Ya.. mesti mau datang, mari semua...anak cucu semua mari." begitu pula bapanya mencelah.

Pada hariraya idulfitri yang lalu, sibapa ini datang ke rumah bersama-sama anak dan cucu-cucunya. Inilah...

Profesor China martabatkan Bahasa Melayu, orang Melayu perlekeh bahasa sendiri...

BARU Pada bulan Mei lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan hasratnya agar penggunaan bahasa Melayu diperluas hingga menjadi bahasa pengantar antarabangsa.  Minggu lalu, beliau bersuara lagi mahu bahasa itu atau rasminya disebut sebagai bahasa kebangaaan digunakan secara meluas oleh jabatan-jabatan kerajaan dalam semua majlis.

Majlis-majlis termasuklah mesyuarat, persidangan, urusan pejabat dengan orang awam dan apa juga yang berkaitan dengan urusan dalam...

Halimah ...seorang ibu yang istimewa

Sepanjang bulan Ramadhan, oleh kerana tidak banyak kegiatan nak dilakukan, saya menggunakan masa terluang untuk berinteraksi dalam facebook. Yang paling sering dilayari tentulah Alumni Yayasan Selangor dan ADLAN - ringkasan kepada Asrama Dr. Latiff Alumni Network. Kedua-duanya adalah laman milik bekas pelajar Yayasan Selangor. Alumni dipelopori Persatuan Alumni Yayasan Selangor (PAYS) manakala ADLAN oleh anak-anak Yayasan Selangor (YS) yang pernah berteduh di bawah Asrama Dr. Latiff di...

'Open house' untuk siapa...?

BARU: Rabu depan hari terakhir bulan Syawal.  Ini bererti berakhirlah sambutan hariraya idulfitri mengikut kelaziman. Benarkah syawal berakhir selepas 30 hari kita merayakannya?  Inilah persoalan yang menjadi bahan ketawa umum dan bahan ceramah para uztadz di forum-forum tertentu termasuk di radio dan tv.

Tanggal 1 Oktober, masih ada pihak yang mengadakan majlis rumah terbuka atau 'open house'.  "Betul ke," begitu saya berkata dengan agak terkejut apabila diberitahu oleh seorang rakan...

Kad hariraya sudah pupus di Singapura...?

BARU Sesungguhnya Allah itu maha besar lagi berkuasa. Jika tahun lalu saya terlantar di katil ketika umat Islam menyambut Ramadhan dan Idulfitri, alhamdulillah tahun ini saya diberi kesempatan untuk menunaikan solat idulfitr dan meraikan hari kebesaran itu sama seperti umat Islam yang lain.  Jika tahun lalu saya hanya menanti ketibaan saudara-mara dan rakan taulan berkunjung dan berziarah ke rumah, kali ini saya diberi kekuatan - syukur ya Allah.

Dengan satu lagi peluang yang diberikan...

Cuci telur ayam...bukan telur mamak!

Dalam bulan Ramadhan ni, telur masin amat digemari sebagai pembuka selera untuk bersahur.  Saya masih ingat lagi, pada tahun-tahun 1960-an apabila bangun sahur sekitar 4.00 pagi, rebus telur masin memang sering disediakan oleh umi dan abah yang bangun sejam lebih awal untuk menyediakan hidangan.

Maklumlah, ketika itu, memasak masih gunakan dapur kayu dan memasak akan mengambil masa yang lama.  Nak makan pula tak berapa nak selera sebab keinginan untuk tidur mengatasi segala-galanya...

Ramadhan... nostalgia yang tak dapat dikembalikan

Sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan (UKM) pada tahun 1979, saya pernah menjadi penghantar cepat atau despacht rider di ibukota Kuala Lumpur. Daripada seorang despacth boy yang menunggang motosikal dengan kadar segera, tetapi bukan sebagai mat rempit kerana pada tahun 1977/78, budaya itu belum berkembang lagi. saya akhirnya bertukar kerja menjadi juruhias dalaman (interior designer).

Kedua-dua pekerjaan itu memberi ruang kepada saya untuk merayap ke seluruh pelusuk Kuala...

Orang beli seluar sebelum hariraya... saya tempah selepas itu

Sudah lima kali Ramadhan saya menulis mengenai kenangan-kenangan lama sebagai wartawan, ahli dewan dan kini menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai warga yang berstatus tidak ketahuan. Ini bermakna sudah banyak pengalaman sepanjang bulan puasa yang dikongsi bersama dengan pembaca.

Saya telah tulis perihal makan nasi bungkus di Utusan Melayu. Dicatatkan juga kakitangan bukan Melayu yang 'ikut berpuasa' kerana kantin serta gerai-gerai sekitar pejabat ditutup. Telah dipaparkan juga pengalaman...

Dah kenyang baharu sedar tersilap majlis....

Baru-baru ini, adik saya melangsungkan majlis perkahwinan anak lelakinya. Majlis diadakan di rumahnya di Sabak Bernam, Selangor. Walaupun masih di dalam negeri Selangor, namun perjalanannya dari ibukota Kuala Lumpur mencecah tiga jam lamanya. Pada hujung minggu, perjalanan agak memenatkan kerana jumlah kenderaan meningkat. Peningkatan bukan sahaja kerana banyak majlis perkahwinan dan seumpamanya, tetapi juga kerana laluan pantai barat yang telah dibaiki oleh kerajaan Barisan Nasional.

Yang...