14Disember2018

UMNO perlu tingkatkan keyakinan ahli

Keputusan untuk "memboikot " dan tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Kecil P132 Port Dickson Negeri Sembilan sebagaimana diumumkan oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, adalah sangat wajar dan tepat sekali.

Keputusan ini pada saya, bukan bermaksud BN takut  kalah atau ingin memberikan laluan mudah kepada Anwar Ibrahim. Situasi ini tidak berbangkit sama sekali, malah kita menghormati dan menyanjung tinggi amalan demokrasi di negara ini.

Namun sengaja mengadakan pilihan raya atas sebab menjayakan cita-cita peribadi seseorang adalah tidak wajar sama sekali. Malah sudah pasti pilihan raya kecil ini akan melibatkan penggunaan wang rakyat yang banyak. Pasti ia merupakan suatu pembaziran kerana lebih baik ia digunakan untuk tujuan lain terutama menjaga kebajikan rakyat yang tertekan ketika ini.

Bagi saya, ketika ini UMNO lebih baik memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti dan meningkat keyakinan pemimpin serta ahli parti seluruh negara. Melibatkan diri dalam pilihan raya kecil di Port Dickson hanya menghilangkan tumpuan UMNO kepada perkara yang lebih penting.

Kepada ahli parti, saya harap kita fokuskan kepada tugas utama kita ketika ini. Perpaduan dalam kalangan pemimpin dan ahli perlu terus diperkukuhkan.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 510  tetamu dalam talian