18Julai2018

The Economist berbohong mengenai Malaysia

Artikel yang dikeluarkan oleh pihak The Economist baru-baru ini berkenaan Malaysia merupakan satu kesilapan yang serius dan mempamerkan pemikiran yang sombong dan kolonial pihak editor, menghina Perdana Menteri, pihak kerajaan, polis, badan kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya, media, malah para pengundi di Malaysia. ("Stop, thief!", "Tilting the playing field", March 10th).

Sebagai contoh, Jabatan Kehakiman (DOJ) AS tidak pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyelewengkan dana, serta Najib juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dana terbabit merupakan "hadiah daripada penderma yang tidak dinamakan".

Malah Perdana Menteri dan pegawai rasmi yang lain menyatakan bahawa dana terbabit - yang sebahagian besarnya telah dikembalikan semula - merupakan derma daripada Keluarga DiRaja Arab Saudi.

Kenyataan ini telah disokong oleh Menteri Luar Arab Saudi, secara umumnya menyatakan bahawa dana itu merupakan "sumbangan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa pulangan" dan pihak berkuasa Saudi telah mengisytiharkan kes terbabit ditutup

Dalam hal berasingan, untuk mengatakan pertambahan populasi  menjadi sebab persempadanan semula kawasan pilihanraya sebagai suatu tindakan "penipuan sistem" menunjukkan sikap berat sebelah negara Barat terhadap negara lain di seluruh dunia.

Tuduhan ini juga membayangkan bahawa pelbagai negara demokrasi juga bersalah atas tuduhan yang sama, termasuk Britain, yang  dijangka akan melaksanakan perubahan besar kawasan menjelang pilihan raya akan datang.

Di Malaysia, perubahan kawasan ini diusulkan dan dilaksanakan oleh badan bebas Suruhanjaya Pilihan Raya dan seterusnya diluluskan oleh badan kehakiman yang keadilannya dibuktikan berdasarkan fakta bahawa perlaksanaan ini sering bercanggah dengan  pihak kerajaan dan para menteri kanan kerajaan.

Sejak Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2009, pendapatan negara kasar Malaysia telah bertambah lebih daripada 50%, 2.3 juta peluang pekerjaan diwujudkan, kadar pengangguran dan inflasi berada pada tahap yang rendah dan kadar kemiskinan berkurang secara mendadak.

Pada dasarnya, ekonomi Malaysia sedang membangun pada kadar yang memberangsangkan sehinggakan Bank Dunia terpaksa meningkatkan anggaran pertumbuhan ekonomi sebanyak tiga kali menjelang 2017 kepada 5.8%.

Perancangan kerajaan untuk kesejahteraan ekonomi serta kemakmuran Malaysia dan penduduknya berada pada landasan yang terbaik.

Ini merupakan situasi sebenar yang berlaku di Malaysia. Laporan oleh pihak anda memperlihatkan ia berasaskan berita palsu yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang dan penyokong mereka bagi meraih sokongan politik untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.-17/3/2018


Penulis merupakan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, London

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 565  tetamu dalam talian