15November2018

Tak campur royalti... tunggakan kerajaan PH kepada Kelantan RM275 juta

Kerajaan Negeri Kelantan telah menyatakan dengan jelas tunggakan yang masih belum dilunaskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM275 juta.

2. Daripada jumlah ini, sejumlah RM113 juta ialah premium tanah Institut Pendidikan Guru di Pengkalan Chepa, RM144 juta pula ialah premium tanah FELDA, manakala baki RM18 juta ialah hasil tanah Kerajaan Persekutuan.

3. Jumlah tunggakan belum dibayar oleh Kerajaan Persekutuan ini tidak termasuk jumlah tunggakan royalti petroleum yang berhak dinikmati oleh rakyat Kelantan.

4. Isu pengeluaran minyak di negeri Kelantan kekal relevan kerana ia berada di kedudukan Joint Development Area (JDA). Sekiranya dijumlahkan secara keseluruhan tunggakan royalti minyak Kelantan, ia boleh mencecah puluhan bilion ringgit.

5. Jumlah pinjaman Kerajaan Negeri Kelantan kepada Kerajaan Persekutuan yang masih belum diselesaikan ialah RM1.42 bilion, manakala jumlah wang pendahuluan yang belum dibayar pula ialah RM364 juta.

6. Hal ini bermakna, Kerajaan Negeri Kelantan masih mempunyai hak yang lebih besar untuk diminta kepada Kerajaan Persekutuan. Tapi, mengapa Menteri Kewangan dilihat lebih angkuh?

7. PAS berharap agar Kerajaan Persekutuan mengangkat semangat federalisme, saling hormat menghormati, bantu membantu dalam kalangan negeri-negeri tanpa bersikap prejudis.

8. Negara Malaysia perlu dibangunkan bersama dengan mengutamakan kemaslahatan untuk rakyat. Jauhkan politiking kerana ia akan merencatkan pembangunan, integriti dan ketelusan.-8/11/2018

Penulis merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 505  tetamu dalam talian