17November2018

Sebulan kerajaan PH perintah... KWSP rugi RM6.09 bilion

Pelaburan yang dilakukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi 10 syarikat tersenarai awam (PLC) mencatatkan kerugian sebanyak RM6.09 bilion setelah jatuh kepada 12 peratus dalam tempoh sebulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut laporan The Edge, nilai pelaburan menurun secara mendadak daripada RM51.21 bi­lion kepada RM45.12 bilion dalam tempoh sebulan.

Laporan tersebut menyebut, sektor pembinaan adalah yang paling teruk terjejas ekoran pe­ngumuman kerajaan Pakatan Harapan bahawa mereka mahu mengkaji semula projek-projek mega yang dimulakan di bawah pentadbiran bekas Barisan Nasional (BN).

Laporan itu memaklumkan, 10 saham utama yang mencatatkan prestasi terburuk dalam portfolio KWSP sepanjang tempoh itu ialah Cahya Mata Sarawak Bhd. (CMS), Malaysian Resources Corp Bhd. (MRCB), IJM Corp Bhd., Gamuda Bhd., Telekom Malaysia Bhd. (TM), Axiata Group Bhd., Tenaga Nasional Bhd. (TNB), CIMB Group Holdings Bhd., Malayan Ban­king Bhd. (Maybank) dan Genting Plantations Bhd.

“Harga saham CMS telah jatuh 37 peratus menghapuskan kira-kira RM1.7 bilion daripada nilai pasaran.

“Saham MRCB dan IJM yang masing-masing jatuh 32 peratus mencatatkan kerugian RM1.4 bi­lion dan RM3.1 bilion,” kata laporan tersebut.

Menurut laporan tersebut, saham Gamuda juga merosot sebanyak 28 peratus dan me­ngurangkan modal pasarannya sebanyak RM3.7 bilion.

Selain itu, laporan The Edge juga menyebut, saham KWSP dalam empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Maybank, CIMB, TM dan Axiata juga merosot menyebabkan KWSP kehila­ngan RM3.86 bilion dalam tempoh sebulan.

“Tetapi penurunan harga saham TNB menjejaskan nilai pelaburan KWSP yang paling ba­nyak. Gergasi utiliti itu menyaksikan RM8.5 bilion dihapuskan daripada modal pasarannya,” katanya.

Laporan itu juga berkata, laman sesawang KWSP menunjukkan bahawa nilai pelaburan dalam ekuiti turun sebanyak RM5.63 bilion daripada RM344.35 bilion pada suku keempat 2017 kepada RM338.72 bilion pada suku pertama tahun ini.-20/6/2018 -Utusan

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 455  tetamu dalam talian