17November2018

"Saya dah empat bulan turun kenapa Ringgit makin jatuh..."

Malaysia menuju bangkrap... janji populis Pakatan Harapan menyebabkan negara tiada hasil selama tiga bulan.

Bukan itu sahaja, berbagai dasar negara dirombak atau dikaji semula yang menyebabkan pelabur keliru dan keluar dari pasaran Malaysia.

Selain itu, nilai matawang yang lemah, yang jelas kini bukan berpunca daripada bekas Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Najib tuduhan Pakatan Harapan (PH) terbukti fitnah apabila nilai mata wang terus susut walau beliau bukan lagi perdana menteri.

“Sebelum PRU14, pemimpin PH kata “Najib turun, Ringgit akan naik,” coretnya di Facebook hari ini.

“Saya pelik kerana saya sudah turun empat bulan tetapi ringgit semakin turun juga”.

Bekas presiden UMNO juga bimbang ringgit akan menerima impak teruk jika harga minyak dunia jatuh menjunam.

“Apapun, saya harap kerajaan PH akan mengambil kira kerisauan saya mengenai nilai ringgit sekarang sebelum ia memudaratkan,” katanya.

Beliau mengakui beliau menolak nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu supaya menambat ringgit.

Sebaliknya, beliau mendakwa membuat pemulihan ekonomi hasil pakej rangsangan ekonomi yang “tidak pernah dalam sejarah” negara.

“[...] mata wang ringgit mengukuh setinggi itu namun jika diimbau kembali, saya tidak pun memuji diri sendiri lantaran ringgit yang kukuh kerana harga minyak mentah tinggi pada masa itu dan bukan semua berpunca dari usaha kerajaan BN dan saya,” katanya.-12/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 495  tetamu dalam talian