22September2018

RM menyusut, rizab mengucup... menteri sibuk dedah skandal

Ramai gelang kepala tengok gelagat menteri-menteri kerajaan PH yang macam tikus membaiki labu... ekonomi Malaysia yang sebelum ini elok saja, kini melingkup terus.

Pasaran saham jatuh, mata wang menyusut, rizab bank negara mengucup, tapi yang pak menteri dok sibuk adalah pasal skandal 1MDB dan SCR.

Pasal Datuk Jamal Mohd Yunos dan Datuk Seri Musa Aman.

Mungkin bagi mereka hakikat memerintah Malaysia ini adalah cukup sekadar kerajaan BN jatuh... maka semua akan okay, sebab itu barangkali ekonomi negara nak melingkup pun jangan peduli.

Hari-hari buat sidang media dedah skandal dan umum nilai tabung derma, apa yang penting rakyat gembira.

Sedangkan menurut analisis Trading Economics yang berpusat di New York, ringgit boleh berlegar sehingga RM4.19 berbanding dolar AS dalam tempoh 12 bulan akan datang dengan dolar AS akan terus mengukuh berbanding mata wang lain sepanjang tahun ini.

“Kami percaya Rizab Persekutuan AS akan terus meningkatkan kadar faedah lebih cepat berban­ding bank pusat yang lain menjadikan aset denominasi dalam dolar AS paling menarik dari segi perbezaan hasil.

“Di samping itu, dengan menghapuskan lebihan kecairan mo­netari daripada sistem kewangan akan menjadikan pasaran saham lebih terdedah dan pulangan risiko dijangka memacu dolar AS lebih tinggi memandangkan pelabur memilih keadaan yang paling selamat,” katanya dalam semakan unjuran di laman webnya lapor Utusan.

Pada Jumaat, ringgit ditutup pada RM4.0360 setelah dibuka rendah pada RM4.042 berbanding dolar AS.

Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan memberitahu rizab antarabangsa setakat 29 Jun 2018 berjumlah AS$104.7 bilion (RM423.05 bilion) menyusut berbanding ASS$107.9 bilion (RM435.98 bilion) pada 14 Jun 2018.

Katanya, rizab itu mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan nilai dolar AS berbanding pelbagai aset rizab mata wang asing yang dipegang oleh BNM.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek,” jelas BNM.-7/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 491  tetamu dalam talian