19November2017

Rekod demokrasi, kebebasan bersuara Malaysia kukuh

Pada 31 Ogos, Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60 serentak dengan rekod pungutan pingat negara pada Sukan Sea, kami turut meraikan enam dekad negara kami menjadi sebuah demokrasi dan masyarakat yang bebas.
 
Hakikatnya, apabila pilihan raya ditandingi dengan begitu hebat dan kebebasan untuk menyatakan pandangan, Malaysia mempunyai rekod demokrasi yang paling lama di seluruh Asia Tenggara.
 
Ini dapat dilihat dalam pilihan raya kami sebelum ini, apabila parti yang berbeza menang di beberapa negeri dan tokoh politik terkemuka hilang kerusi masing-masing disebabkan tiada sebarang keputusan yang boleh dijamin dalam undian demokratik yang bebas.
 
Terserah kepada rakyat untuk memilih dan ini adalah satu rekod yang perlu dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
 
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, bagaimanapun, nampaknya parti pembangkang tidak sependapat dengan tradisi demokrasi kita.
 
Mereka dan sekutu mereka telah berusaha  untuk mencemarkan nama baik negara kita dalam media Amerika, membuat bebrapa siri tuduhan liar, dengan kemuncaknya membuat tuduhan palsu bahawa Malaysia kini berdepan bahaya menjurus ke arah pemerintahan diktator.
 
Terdapat ironi di sini, membabitkan seorang daripada pemimpin pembangkang masih belum jelas siapakah pemimpin yang sebenar telah mengakui bahawa beliau adalah seorang diktator sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
 
Adalah benar bahawa semasa beliau menjadi perdana menteri, beratus-ratus orang dikenakan tahanan sementara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA), surat khabar termasuk sebuah akhbar harian utama di tutup.
 
Badan kehakiman diserang. Kapitalisme kroni adalah berleluasa dengan urusan dibuat begitu ketara membebankan rakyat pada hari ini.
 
Rakyat tidak mempunyai hak berdemonstrasi dan pelajar tidak dibenarkan melibatkan diri dalam politik.
 
Tetapi demokrasi Malaysia terus subur dan di bawah kerajaan saya, ia telah diperkukuhkan dengan perubahan-perubahan yang jauh lebih berhasil sejak kemerdekaan.
 
Kami memansuhkan ISA dan menamatkan Daurat yang wujud sejak lebih 60 tahun. Ini adalah langkah-langkah utama yang memerlukan keberanian politik yang hebat – tetapi kita meneruskan dengan usaha itu dengan menghapuskan undang-undang lapuk dan menindas dan ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan.
 
Kami meningkatkan kebebasan media dengan membatalkan sekatan terhadap lesen penerbitan akhbar. Kami telah memperbaharui Akta Universiti dan Kolej Universiti untuk membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam aktiviti politik.
 
Semua orang tahu bahawa demonstrasi, yang tidak pernah dibenarkan di bawah bekas kepemimpinan telah berlaku di Kuala Lumpur sejak berapa tahun kebelakangan ini.
 
Kenapa ? Kerana kita meluluskan Akta Perhimpunan Aman dengan buat pertama kali dalam bentuk undang-undang hak untuk mengadakan bantahan secara aman – yang kita iktiraf sebagai sebahagian  daripada masyarakat demokratik.-11/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 649  tetamu dalam talian