23November2017

Rafizi 'tembak angin' dalam usaha kelirukan rakyat...

Tanpa mempedulikan dosa, pahala dan beban moral samada salah atau benar... pembangkang terus menabur fitnah atau 'tembak angin' menghala ke arah kerajaan untuk mengelirukan rakyat.

Yang terbaru isu pelaburan Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC) di London yang dimainkan oleh pembangkang bagi mencetuskan kemarahan golongan peneroka menjelang pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, perkara itu boleh dilihat apabila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menggunakan syarikat yang tidak lagi beroperasi iaitu FIC London Hotel Pte. Ltd. sebagai modal baharu politiknya.

Beliau menegaskan, FIC London Hotel Pte. Ltd. sebenarnya merupakan syarikat asal yang telah didaftarkan untuk kegunaan pelaburan di United Kingdom (UK) tetapi selepas berlaku perubahan struktur pelaburan, sebuah lagi syarikat iaitu FIC London Hotel (Private) Limited (FLH) telah diwujudkan.

“Saya berasa hairan (kenapa Rafizi merujuk kepada syarikat tidak lagi beroperasi itu) kerana saya pasti kalau beliau buat semakan melalui Internet, dia akan mendapat nombor-nombor pendaftaran syarikat-syarikat yang masih beroperasi ini.

“Persoalannya, kenapa beliau tidak beritahu perkara ini tetapi sebaliknya hanya mengetengahkan syarikat yang kita tidak guna pun? Saya harap kita dapat kesan agenda yang cuba dibawa oleh pembangkang ini yang sengaja hendak menimbulkan rasa tidak senang rakyat khusus kepada peneroka,” katanya.

Rafizi sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, pemilik hartanah di London yang dibeli Felda dikeluarkan daripada senarai syarikat berdaftar di British Virgin Island (BVI) serta memberitahu, pemilik rasmi Hotel Grand Plaza Kensington iaitu FIC London Hotel Pte. Limited sudah dikeluarkan pada 3 Mei 2016 kerana gagal membayar yuran tahunan.

Mengulas lanjut, Razali memberitahu, segala pelaburan yang dilakukan oleh Felda masih utuh dan menjadi hak milik penuhnya selain agensi tersebut melihat pelaburan-pelaburan tersebut secara dekat agar ia dapat dimaksimumkan.

Sementara itu, Pengerusi FIC, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim mengesahkan kedua-dua syarikat iaitu FLH dan FIC Global Limited (FGL), yang didaftarkan di BVI merupakan hak milik FIC sepenuhnya.-23/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 664  tetamu dalam talian