25September2018

PSM bertembung dengan Pakatan di lima kerusi Parlimen

Sudah set... Parti Sosialis Malaysia (PSM), parti yang jadi tempat berkumpul 'geng reformis' yang tidak gemar dengan kepimpinan Pakatan Harapan (PH)  serta PAS dalam pembangkang sudah set untuk bertembung dalam pilihanraya umum akan datang.

Menurut orang kuatnya, S Arulchelvan, PSM sedia menentang parti pembangkang dan kerajaan di lima kerusi parlimen.

“Nampaknya PSM akan tembung dengan PH dan BN di 5 kerusi Parlimen,” katanya dalam satu tulisan di Facebook.

Beliau turut menyenarai pendek kawasan parlimen yang bakal ditembung pada PRU14 nanti.

Antaranya, Batu Gajah, Sungai Siput (Perak), Subang, Hulu Langat (Selangor) dan Cameron Highlands (Pahang).

Untuk rekod, Batu Gajah, Subang dan Hulu Langat kini dimiliki oleh PH, manakala Cameron Highlands dimenangi oleh BN pada PRU yang lalu.

Dijangka, PSM akan mengekalkan Michael Jayakumar di Sungai Siput yang ahli parlimen bagi dua penggal selepas memenangi kawsan tersebut di PRU 13 dibawah tiket PKR.

Kali ini, beliau kemungkinan berdepan pertandingan tiga penjuru antara DAP dan MIC.

Manakala, Arulchelvan yang merupakan bekas calon DUN Semenyih, kali ini sedia mengadu nasib di parlimen Hulu Langat berdepan Amanah, PAS dan Umno.

Selain itu, PSM turut mengenal pasti calon bagi kerusi parlimen Subang, Batu Gajah dan Cameron Highlands.

Terdahulu, semalam setiausaha Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah, mengumumkan pembahagian 165 kerusi Parlimen di Semenanjung yang menyaksikan PPBM menerima kerusi terbanyak iaitu 52 kerusi, diikuti PKR (51), DAP (35) dan Parti Amanah Negara (27).

Pengagihan kerusi menimbulkan tidak puas hati perwakilan PAN dari Johor yang memboikot konvensyen itu selepas dimaklumkan hanya mendapat dua kerusi Parlimen iaitu Parit Sulong dan Pulai walaupun mereka memohon lima kerusi Parlimen di negeri itu.-9/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 406  tetamu dalam talian