15Disember2017

PSM akan bertanding lebih banyak kerusi PRU14

Baru meriah... dalam keghairahan PPSM dan PAN mengatur kerusi, satu lagi parti nyamuk, Parti Sosialis Malaysia (PSM) bakal bertanding lebih banyak kerusi pada pilihanraya umum akan datang.

Ahli Jawatankuasa Pusat (AJK) S Arulchelvani berkata parti itu tidak akan lagi bertanding dalam empat kerusi (satu parlimen dan tiga DUN) seperti pilihanraya-pilihanraya sebelumnya.

“Dalam PRU yang lalu-2013, adalah kali pertama PSM didaftarkan dan boleh menggunakan logo sendiri. PSM buat keputusan untuk tidak menjadikan rundingan kerusi pembangkang sukar maka hanya bercadang tanding satu parlimen dan tiga kerusi DUN diseluruh negara iaitu jumlah kerusi yang sama ditanding dalam dua PRU sebelum itu.

“Namun atas rayuan Anwar Ibrahim yang minta PSM untuk kali ini sahaja tanding logo PKR, ditambah dengan semangat Ini kalilah dan turut dilobi oleh orang penting seperti Ambiga (Sreenevasan), Toh Kin Voon dan lain-lain, maka PSM buat keputusan tanding atas logo PKR tetapi akhirnya PSM ditiga penjurukan di tiga kerusi dan hanya dapat tanding kerusi Sungai Siput sahaja satu lawan satu,” katanya dalam catatan terbarunya.

Tambah beliau, ada orang ejek PSM tidak berani tanding lebih kerusi, ada yang panggil parti empat kerusi, ada yang minta PSM tukar jadi NGO kerana lebih banyak meperjuangkan isu rakyat tetapi tak buat kerja politik iaitu “cari undi”.

Pada PRU 13 yang lalu, PSM hanya memenangi kerusi parlimen Sungai Siput selepas penyandang kerusi tersebut Dr Michael Jayakumar mengekalkan kerusinya buat kali kedua.

“Ramai pula yang berkata PSM parti berprinsip yang benar-benar buat kerja dan mempunyai calon-calon yang memang berkualiti tetapi politik itu kotor.

“PSM pula membawa politik berbeza dalam konteks negara. kami tak main sentimen perkauman/agama mahupun beri rasuah habuan untuk dapat undi. Maka Ini kalilah PSM akan menawarkan lebih calon dan lebih kerusi untuk rakyat Malaysia,” tegas Arul dengan laungan ‘Merayakan pilihanraya, Merakyatkan demokrasi’.

Walaupun beliau tidak menamakan bakal kerusi yang akan
ditanding pada PRU 14, terdapat khabar angin di mana PSM sedia bertanding di parlimen Cameron Higlands, Subang dan juga Batu Gajah.

Selain itu, parti itu juga sedia menambahkan kerusi DUN yang bertanding di mana buat masa ini hanya tiga kerusi sahaja iaitu di Semenyih, Kota Damansara dan Jelapang.-16/3/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 756  tetamu dalam talian