18Julai2018

Pasca PRU14: 47 NGO bergabung tubuh Sekretariat Pembela Islam

Pasca pilihan raya ke-14 menyaksikan perdebatan hangat tentang masa depan Islam dan umat Islam khususnya orang Melayu. Keresahan di kalangan umat Islam semakin dirasakan apabila muncul kalangan yang semakin bebas menyuarakan desakan dan tuntutan untuk menidakkan kedudukan dan fungsi agama Islam sebagai agama negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan menimbulkan provokasi agar beberapa institusi dan agensi Islam ditutup, murtad diizinkan, peruntukan untuk pendidikan Islam khususnya Sekolah-sekolah Tahfiz ditiadakan.

Rentetan dari itu, sebuah sekretariat yang dinamakan Sekretariat Pembela Islam (SPI) yang mengembelingkan pimpinan NGO, para pendakwah, pendidik dan ilmuan Islam telah dibentuk dan pada 23hb Syawal 1439 Hijriah bersamaan 7hb Julai 2018, bertempat di Akademi Darul Huffaz, Kajang, Selangor, satu Persidangan Meja Bulat telah dianjurkan oleh SPI yang dihadiri oleh 300 orang dari 50 NGO, komuniti pendidik, pendakwah dan ilmuan Islam seluruh negara.

Maka dengan ini, Persidangan Meja Bulat pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas dengan ini mengeluarkan satu resolusi seperti berikut:

?     Bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri yang baru dibentuk selepas PRU14 hendaklah segera bertindak memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dengan menyatakan dengan jelas agenda, dasar dan pelan tindakan kepada masyarakat umum.

?     Bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri tidak tunduk dengan tuntutan golongan yang anti-Islam, Sekular, Liberal dan Kufar yang cuba mengambil kesempatan selepas PRU14 untuk mencorakkan negara mengikut kehendak ideologi dan hawa nafsu mereka yang jelas menyalahi pegangan aqidah majoriti rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

?     Bahawa semua peruntukan undang-undang dan perlembagaan yang menyentuh kedudukan Islam dan umat Islam yang sedia ada hendaklah dikuatkuasakan dan ditambah baik, ini termasuklah memastikan Rang Undang-undang 355 (RUU355) yang tertangguh dibawa dan diluluskan dalam Sidang Parlimen akan datang. SPI juga menuntut agar Institusi Mufti, Mahkamah Syariah dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri yang tidak Beraja untuk diletakkan di bawah pentadbiran Yang Dipertuan Agong.

?     Bahawa kedudukan Maqasid Syariah terus diperjuangkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri sebagai satu tanggungjawab kenegaraan dan asas pertahanan Islam.

?     Bahawa kedudukan ekonomi umat Islam mesti terus dilestarikan melalui pembentukan agenda dan dasar ekonomi umat yang lebih mantap dan menyeluruh seumpama Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan menjadikan Perkara 153, Perlembagaan sebagai paksinya dan mewajibkan semua Kementerian dan agensinya menyerahkan KPI atau Report Card pencapaiannya yang dilapor terus kepada Perdana Menteri.

?     Bahawa Malaysia terus dijadikan pusat Hab Halal dunia yang berprestasi tinggi dan menjadi rujukan antarabangsa. Bagi maksud tersebut, sebuah Suruhanjaya Halal Negara hendaklah dibentuk dengan diberikan empowerment dan keupayaan teknologi halal bertaraf dunia.

?     Bahawa kualiti Sistem Pendidikan Negara diangkat menjadi sistem yang berupaya melahirkan insan yang sempurna (al-insanul kamil), berpaksikan tauhid bagi melahirkan masyarakat Malaysia baru yang jauh dari kebejatan moral dan akhlak sehingga dapat membendung gejala rasuah, kemaksiatan dan jenayah.

?     Bahawa Sistem Pendidikan Tahfiz yang menjadi pilihan dan tarikan ramai ibu bapa Muslim di Malaysia masa kini diangkat menjadi sistem arus perdana (mainstream system) dan disepadukan dengan pengajaran sains dan teknologi. Sekolah-sekolah Tahfiz Swasta, Pondok Pengajian Tradisional dan Sekolah Agama Rakyat yang banyak berjasa dalam melahirkan modal insan beriman dan bertaqwa terus disokong kewujudannya dengan menyalurkan bantuan perkapita dan bantuan-bantuan lainnya.

?     Bahawa Kerajaan perlu menggubal undang-undang di bawah Perkara 10(4) Perlembagaan bagi mendakwa dan menghukum mana-mana orang yang mempersoalkan kandungan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tentang hak istimewa Melayu dan Bumiputera bagi mengelakkan isu hak istimewa Melayu dan Bumiputera ini terus dipermainkan sebagai isu perkauman dan bahan hasutan.

?     Bahawa amalan dan perbuatan menghina ajaran dan Hukum Islam, kitab suci al-Quran, Hadis dan keperibadian Rasulullah S.A.W yang merupakan pegangan majoriti rakyat Malaysia hendaklah dikanunkan sebagai amalan dan perbuatan yang boleh dihukum dengan hukuman yang berat dalam Undang-undang Sivil dan Syariah dengan penguatkuasaan yang tegas. Ini bagi mengelakkan keadaan menjadi tidak terkawal sehingga menjadi punca kepada perpecahan dan rusuhan kaum dan agama.

Dan bahawasanya wakil-wakil organisasi, kumpulan dan individu berikut dengan ini menurunkan tandatangan masing-masing sebagai tanda sokongan dan kesepakatan bersama terhadap Resolusi 10 perkara ini dan menuntut ianya diberikan perhatian oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk dilaksanakan bagi kesejahteraan Umat Islam khususnya dan kebaikan rakyat Malaysia amnya:

Organisasi

?     Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia.

?     Uruskop

?     Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Selangor

?     Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum

?     Akademi Darul Huffaz

?     Institut Kajian Masyarakat dan Perundangan

?     Institut Kajian Strategik Islam Malaysia

?     Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan Malaysia

?     Maahad Lil Aytam

?     Maahad Tahfiz al-Quran Qasimul Ulum

?     Maahad Tahfiz Felda Lasah

?     Alumni Maahad Tijarah

?     Majlis Ittihad Ummah

?     Dewan Pemuda Masjid Malaysia

?     Pusat Kebajikan Anak-Anak Yatim & Tahfiz Al-Habbah

?     Koperasi Maahad Tahfiz Tijarah Berhad

?     Koperasi Pembangunan Asif Berhad

?     Koperasi Serbaguna Apal Besut Berhad

?     Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah

?     Pertubuhan Angkatan Melayu Islam Nusantara

?     Pertubuhan Permuafakatan Warisan Anak Bangsa Malaysia

?     Alifbata Serikandi Masyhur

?     Kelab Svnt Serikandi

?     Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah

?     Madrasah Tarbiyatul Mustafa

?     Persatuan Penduduk Bangiku

?     Yayasan Wanita Islam

?     Persatuan Halaqah al-Quran Selangor

?     Persatuan Pendidikan Perdagangan dan Pengurusan Mutawwifah Manasik Muslim Malaysia

?     Aswaja Selangor

?     Muslim Enterpreneur Best Team

?     Persatuan Syafaqah Ummah

?     Yayasan Himmah Malaysia

?     Persatuan Pengguna Islam Malaysia

?     Himpunan Lepasan Institusi Pelajaran Malaysia

?     Pertubuhan Kebajikan Amal Mesra Amanah Generasi

?     Pertubuhan Jati

?     Persatuan Cina Muslim Selangor

?     Persatuan Anak-anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilah Malaysia

?     Geng Tolong Orang

?     Persatuan Throwball Malaysia

?     Budiutama Malaysia

?     Kelab Throwball Berjasa

?     Kelab Throwball Tijarah

?     Asian Throwball Association

?     Persatuan Tomoi Muslim Malaysia

?     Skuad al-Misbah

-10/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 474  tetamu dalam talian