20Mei2018

PAS letak calon di 42 DUN dan 15 Parlimen Perak

PAS Perak menyerahkan kepada Presiden parti Datuk Seri Haji Hadi Awang bagi memutuskan senarai calon akhir calon-calon bakal bertanding di Perak pada PRU ke14 kelak.

Setakat ini kata Pesuruhjayanya pihaknya tidak mahu mengesahkan calon-calonnnya yang akan bertanding di semua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini dan agihan kerusi kepada rakan politik di dalam Gagasan Sejahtera.

Sambil meminta media bersabar, beliau yang juga Bendahari Agong PAS Pusat berkata, pengesahan bakal-bakal calon itu akan bertanding dibuat oleh pucuk pimpinan Pusat tidak lama lagi.

Bagaimanapun PAS bakal meletakkan calon di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini serta agihan kerusi selebihnya iaitu 17 kerusi lagi kepada calon dari Gagasan Sejahtera dan individu perseorangan, badan bukan Kerajaan (NGO) yang menawarkan diri untuk bertanding.

``PAS Perak telah bersedia dari segi persiapan menghadapi pilihan raya dan bakal bertanding 42 kerusi DUN serta selebihnya kerusi dibuka untuk rakan gagasan seperti Parti Harapan Malaysia(PHM), Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) serta badan NGO dan perseorangan yang menawarkan diri,” katanya.

Manakala bagi peringkat Parlimen, PAS Perak telah menetapkan 15 kerusi daripada 24 kesemuanya akan diisi oleh parti tersebut bagi memenuhi keseluruhan 130 kerusi yang diperkatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

``PAS akan bertanding 15 kerusi dan selebihnya akan dikongsi bersama dengan rakan di Gagasan Sejahtera dan pihak perseorangan yang berminat,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai isu kerjasama Pas dan UMNO yang digembar-gemburkan banyak pihak, katanya, ia adalah satu bentuk tomahan semata.

``Dakwaan PAS ingin bekerjasama dengan UMNO hanya satu tomahan sahaja dan sekiranya 42 kerusi itu UMNO tidak mahu bertanding kami menyambut baik,” katanya.

Katanya lagi, PAS bakal melancarkan gelombang hijau satu dikenali juga sebagai Gerakan Sejahtera Bersama Islam, G-Salam pada bulan Januari tahun hadapan sebagai siri persiapan menghadapi pilihan raya kelak.

Mengulas mengenai calon muda, kata Razman hampir keseluruhan calon adalah calon muda dan wajah baru yang sentiasa bersemangat bagi memberikan bantuan dan berkhidmat kepada masyarakat.

``PAS kini bergerak dalam budaya politik matang dan sejahtera sama sekali tidak ada permusuhan serta banyak memberi penerangan berkaitan dasar dan hala tuju parti.

``Wawasan induk sejahtera yang ingin dicapai pada tahun 2051 kelak dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pertama, 2018-2030 fasa kedua 2031-2041 dan fasa ketiga 2041-2051 iaitu genap 100 tahun penubuhan PAS.

``Fasa pertama akan berfokus kepada tindakan untuk membaiki urus tadbir negara, memperbetulkan agihan kuasa supaya tidak berlaku campur tangan politik dalam urusan tadbir negara yang kini memperlihatkan agensi kerajaan sukar menjalankan tugas mereka jadi di dalam Dokumen hijau kita akan cuba bantu mengatasi beban hidup ditanggung rakyat, penurunan harga ringgit, penarikan subsidi’’ katanya.-9/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 648  tetamu dalam talian