25September2017

'Orang lama' berkumpul semula bantu BN rampas Selangor

Orang lama dalam politik Selangor kini berhimpun semula untuk membantu kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.

Mereka bernaung di bawah Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) kini kembali aktif  untuk memperkasakan jentera kempen pilihan raya.

Diketuai oleh bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar yang yakin PRU-14 adalah medan terbaik untuk BN negeri merampas semula Selangor berdasarkan kepada kekuatan semasa parti.

Yang Dipertua Mubarak Selangor itu berkata Mubarak fokus untuk memastikan pengundi veteran yang berjumlah 30 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar di negeri ini agar menyokong BN dalam PRU-14.

“Kita (Mubarak) sudah lama turun padang bagi membantu jentera parti dan kita bermesyuarat dua hingga tiga kali seminggu bagi menterjemahkan tanggungjawab tersebut. Ahli-ahli kita kini ada di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

“Justeru, saya menyeru kepada seluruh bekas jentera dan ahli parti yang sudah veteran, tolonglah kembali semula untuk kita menyumbang ke arah kemenangan dalam PRU-14,” katanya.

Mengulas mengenai pelbagai ketirisan membabitkan kerajaan PKR Selangor walaupun Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kononnya sistem kerajaan negeri lebih baik daripada Ikrar Bebas Rasuah (IBR), Abu Hassan berkata, rakyat sedang menilai.

“Rakyat kena menilai perkara ini, kalau lebih baik takkanlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masuk tanpa bersebab? Tentu ada sebab yang tertentu untuk rakyat nilaikan,” katanya.-12/9/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 499  tetamu dalam talian