23Mei2017

Notis kekosongan kerusi DUN Pujut,Sarawak dihantar Speaker kepada SPR…

Proses kearah mengadakan pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Pujut di Sarawak ekoran pemecatan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon Jumaat lalu kerana didakwa miliki kewarganegaraan Australia  sudah berjalan.
 
Pilihanraya kecil kawasan DUN yang terletak di Miri itu perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
 
Ini setelah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, menghantar notis kekosongan kerusi DUN Pujut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selasa.
 
Keputusan menghantar notis berkenaan dibuat berdasarkan Artikel 21 (5) Perlembagaan Negeri Sarawak, susulan pemecatan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon, Jumaat lalu.
 
Mohamad Asfia berkata, tindakan DAP Sarawak berhasrat menyaman DUN dan Speaker tidak akan menghentikan keputusan penghantaran notis berkenaan yang dibuat berasaskan undang-undang.
 
“Terpulang kepada mereka mahu menyaman, saya melakukan mengikut kuasa yang diperuntukkan kepada Dewan,” katanya dalam sidang media di DUN Sarawak, Selasa.
 
Dr Tiong Choon dipecat daripada DUN Sarawak kerana mempunyai warga negara Australia, mendaftar sebagai pengundi di negara berkenaan dan sudah berikrar taat setia di negara sama.- 16/5/2017
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 717  tetamu dalam talian