12Disember2018

MP gesa SPRM siasat pentadbiran air di Selangor...

Macam ada yang tak kena dengan isu air di Selangor... sebab itu salah seorang Ahli Parlimen di negeri itu Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim mahu perkara tersebut disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Anggota Parlimen Kuala Selangor itu, SPRM perlu menyiasat sekiranya terdapat sebarang isu dan kecuaian dalam pentadbiran menguruskan air di Selangor.

Beliau membuat gesaan itu berkata ini berikutan gangguan bekalan air di Selangor yang tidak menemui sebarang jalan penyelesaian yang konkrit.

"Mungkin juga ada 'udang di sebalik batu' seperti yang didakwa oleh bekas Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim),"katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sindiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu terhadap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai isu air adalah sangat pedas dan sukar diterima oleh pihak pembangkang.

"Di saat itu, perdana menteri menerangkan bahawa yang lebih kritikal adalah air di Selangor dan menyatakan bahawa hutang negara berada pada paras terkawal,"katanya.

Malah, Irmohizam berkata penyediaan air percuma di Selangor sebanyak 20 meter padu tidak seperti yang disangkakan kerana dikhabarkan berkemungkinan kerajaan Selangor menggunakan Wang Pelaburan Kerajaan Persekutuan.

"Sebelum ini kerajaan Selangor bangga dengan menguar-uarkan air percuma sedangkan rakyat tahu bahawa RM14 bilion diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula dan baik pulih air di Selangor,"katanya.

Sebelum ini, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memaklumkan beberapa kawasan di sekitar Selangor mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) di Bestari Jaya, Kuala Selangor mulai 6 hingga 9 Mac.

Bagaimanapun, tempoh pemulihan berkenaan tersasar daripada jangkaan apabila Sistem Mampatan Udara di SSP3 gagal berfungsi dengan baik menyebabkan lima batang paip bersaiz 1,100 mm rosak dengan dua daripadanya pecah serta terpelanting keluar daripada strukturnya.

Kejadian itu menyebabkan 427 kawasan termasuk Shah Alam, Klang, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat terus terputus bekalan air sehingga 11 Mac.-19/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 290  tetamu dalam talian