21November2017

"Mereka ini bebal atau nak tipu diri sendiri ?" - Chegu Bard

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin menganggap pengumuman logo baharu Pakatan Harapan (PH) kerja buang masa.

Beliau yang dikenali sebagai Chegubard berkata, kemungkinan besar logo bertulis ‘Harapan’ berwarna merah itu akan ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) mentah-mentah.

“Mesyuarat panjang rupanya nak umum logo. Ermm ini kerja buang masa sebab PH tak akan lulus sebab di Sabah dah ada parti nama Harapan Rakyat dibuka oleh Lajim Ukimn dan Parti Harapan Malaysia sudah dihantar oleh Zamil Ibrahim kepada ROS jauh lebih awal,” ujarnya dalam satu kenyataan di facebook.

PH mengumumkan logo mereka menentang Barisan Nasional pada PRU-14 kelak dan setiap calon parti-parti pembangkang akan menggunakan logo yang sama selain mengumumkan barisan kepimpinan PH di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Ketua Umum PH manakala isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden.

Tun Mahathir Mohamad pula sebagai pengerusinya.

Tambah Chegubard, orang bodoh pun boleh fikir ROS akan menolaknya kerana ada nama Harapan yang sudah digunakan oleh parti lain yang berdaftar.

“Sama ada depa ini bebal tak paham atau nak tipu diri sendiri, lepas ni gaduh kata ROS tak lulus tapi buat kerja sia-sia,” ujarnya.

Mengulas mengenai struktur kepimpinan baharu PH, Chegubard menyindirnya.

“Anwar penasihat, Mahathir ketua. Mahathir jadi PM ketujuh dan akan keluarkan Anwar dari penjara untuk jadi PM kelapan. Hahaha percayalah!” katanya.-14/7/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 569  tetamu dalam talian