24Ogos2017

Menjawab kenyataan Muhyiddin mengenai saman terbaru DoJ Amerika

Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menangguk di air keruh memfitnah secara liar terhadap Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan 1MDB ekoran permohonan terbaru saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS).

Saman sivil DOJ tidak membuktikan mana mana pihak telah melakukan jenayah. Sama seperti pendirian Peguam Negara Malaysia.

Ia difailkan berdasarkan aduan awam dan seperti kenyataan DOJ sendiri, ia tidak membuktikan bahawa sebarang dakwaan yang dibuat dalam aduan ini benar melainkan selepas mahkamah AS memutuskan ia adalah benar.

Jika DOJ mempunyai bukti prima facie mengenai setiap dakwaan, sudah tentu DOJ akan membuat pendakwaan langsung terhadap penjenayah yang terlibat dan merampas aset aset tersebut di bawah Akta Penggubahan Wang Haram AS dan undang2 lain yang berkaitan.

Dalam saman sivil DOJ yang terbaru, 1MDB, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah bukan pihak yang tertuduh dan bukan defendan.

Dalam saman sivil ini pihak yang dinamakan sebagai defendan adalah Viceroy Hotel Group manakala pihak yang berkemungkinan terjejas dengan saman ini seperti yang tertulis dalam dokumen 251 mukasurat DOJ adalah Low Taek Szen; JW Hospitality (VHG Intl) Ltd.; FFP (Cayman) Ltd.; Mubadala Development Company PJSC; Viceroy Hotel Group; dan Jynwell Capital Ltd.

Seperti selepas pengumuman pemfailan saman sivil kali pertama dulu, Muhyiddin sekali lagi telah membuat tuduhan melulu terhadap DS Najib, sedangkan saman sivil ini baru sahaja diperingkat fail.

Belum ada sebarang perbicaraan dibuat dan sudah tentu bila belum ada perbicaraan, maka tiada pihak dibuktikan bersalah lagi oleh Mahkamah AS.

1MDB telah menegaskan berulang kali bahawa wang syarikat tersebut tidak dicuri. Dapatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga mendapati tiada wang 1MDB yang dicuri.

Malah persetujuan penyelesaian luar mahkamah timbang tara bersama syarikat IPIC dari Abu Dhabi juga membuktikan bahawa wang 1MDB telah digunakan untuk urusan perniagaan.

Tidak perlulah Muhyiddin mengulangi skrip lapuk yang telah berulang kali gagal membuktikan sebarang salah laku. 1MDB hari ini telah melalui proses rasionalisasi dengan baik dan berjaya melunaskan sebahagian besar hutangnya.

Projek hartanah 1MDB seperti TRX berjalan dengan lancar dan baru-baru ini bank antarabangsa HSBC bersetuju melabur RM1 bilion di sini.

Manakala projek Bandar Malaysia juga telah meningkat nilai pasarannya dan terdapat syarikat yang berminat melabur RM40 bilion di dalam projek ini.

Justeru, Tan Sri Muhyiddin tidak layak untuk membuat apa2 komen terhadap Perdana Menteri dalam isu kenyataan DOJ yang terbaru ini.

Saya berkata sedemikian sebab wujud pendapat yang mengatakan bahawa dokumen DOJ tersebut dikarang oleh orang Malaysia. Ini semua komplot nak jatuhkan Perdana Menteri sama saperti 'Rome Summit' yang saya pernah membongkar pada May 2015.

Tan Sri Muhyiddin terlebih dahulu perlu menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Sdr Mohamed Hafiz Azhar, Exco Armada mengenai skandal Nika Ghee.

Hari ini genap setahun skandal Nika Ghee terbongkar.

Saya juga menyeru supaya Tan Sri Muhyiddin terlebih dahulu isytihar kekayaan kaum keluarga sebelum mahu berlagak seperti seorang yang bermoral tinggi.

Jangan jadi seorang munafik sebab semua orang tahu sangat siapa Tan Sri sebenarnya. Maka sebab itulah Pakatan Harapan pun menolak Tan Sri Muhyiddin.-18/6/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 790  tetamu dalam talian