16Oktober2018

Khairy buat laporan polis terhadap Guan Eng dan Najib...

Biar siasatan dibuat dan rakyat Malaysia menilai sendiri apa sebenarnya yang terjadi dan siapa yang berbohong.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan BN telah 'merompak' bayaran balik GST.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata siasatan dalaman - seperti yang dicadangkan Lim - tidak memadai untuk dakwaan serius seumpama itu.

"Memandangkan Lim tidak menaruh minat terhadap apa-apa (siasatan) pada masa ini melainkan inkuiri dalaman, saya mahu membawa perkara ini bagi kepentingan awam.

"Hari ini dan esok, saya akan membuat laporan polis dan SPRM terhadap bekas pegawai tinggi Kementerian Kewangan ketika dakwaan itu berlaku. Ia bagi membolehkan siasatan terbuka dibuat untuk memastikan kebenaran pendedahan Lim," katanya melalui akaun twitternya.

Dua hari lalu, Lim ketika penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat mendakwa kerajaan BN 'merompak' bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

Beliau sekali lagi membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat semalam dengan berkata audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati sejumlah RM18 bilion hilang dalam tabung bayaran balik GST.

Ketika menjawab balasan seorang pengguna Twitter, Khairy berkata laporan itu juga akan dibuat terhadap menteri kewangan ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan kemudian, beliau berkata akan membuat laporan pada pukul dua petang ini di ibu pejabat polis daerah Sentul dan sidang media di Parlimen selepas itu.-9/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 515  tetamu dalam talian