14Disember2018

Kerajaan hilang berpuluh-puluh bilion kerana Lim Guan Eng

Saya bersimpati dengan nasib penjawat awam hari ini. Kita tahu 'kisah sebenar' dalam hal lantikan politik Kerajaan PH.

Penjawat awam diserang bertubi-tubi kerana tidak memenuhi kehendak dan hanya kerana mereka menjalankan tugas mengikut prosedur dan pekeliling yang ditetapkan.

Sehinggakan KSN perlu mengeluarkan kenyataan yang penuh diplomasi dalam menanganinya.

Kalau dahulu masa Kerajaan BN, kajian teliti telah dibuat setiap kali sebelum apa-apa pengumuman terutamanya dari segi implikasi terhadap kewangan kerajaan.

Elemen flip-flop menjadi satu kebiasaan  bagi kerajaan hari ini.

Pada bulan April lepas, kerajaan BN umumkan penjawat awam akan dapat kenaikan satu gaji tahunan.

Saya dan Kementerian Kewangan berpendapat bahawa kerajaan  berkemampuan untuk memberi kenaikan gaji ini.

Tambahan pula, ini bukan kali pertama kita memberi manfaat sebegini.

Dan duit tambahan walaupun mungkin tidak seberapa, sedikit sebanyak dapat membantu dalam meringankan beban.

Kenaikan gaji tahunan ini bermakna akan ada yang terima tambahan sekurang-kurangnya RM80 sebulan.

Kini Kerajaan PH tidak bersependapat. Kajian perlu dibuat terhadap keputusan dan kajian dahulu. Kajian atas kajian.

Naratif mereka ialah semua orang perlu berkorban dan mengambil kira kedudukan kewangan negara hari ini.

Selama ini, kedudukan kewangan negara kukuh dan diiktiraf agensi antarabangsa.

Jadi apa yang telah berlaku selepas 9 Mei? Kedudukan kewangan negara hari ini mengalami isu "kemampuan" kerana seorang sahaja - Lim Guan Eng.

Guan Eng mengambil langkah memansuhkan GST dan menggantikannya dengan SST yang sehingga kini tidak ada manfaat langsung kepada kerajaan atau pembeli.

Kerajaan dapat apa? Rakyat dapat apa?

Harga barang kian meningkat.

Kerajaan kehilangan berpuluh-puluh bilion hasil kutipan akibat Lim Guan Eng.

Hasil kutipan ini boleh diberikan kepada B40, diberikan kepada penjawat awam walau RM80 sahaja.

Tidak perlulah diteruskan dengan sandiwara Bajet 2019 belanjawan yang sukar dan sebuah Bajet Korban. Kita berdepan dengan masalah ini kerana Lim Guan Eng dan kerajaan hari ini lebih berminat dan memberi keutamaan kepada mempolitikkan pengurusan ekonomi negara.

Kerajaan hari ini tidak peka dan simpati terhadap rakyat yang memerlukan pembelaan termasuk keperluan penjawat awam.-9/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 535  tetamu dalam talian