19Ogos2018

Jangan percaya harapan palsu Pakatan...

Pemimpin Pakatan Harapan tidak layak mengkritik BN dan sepatutnya mencerminkan diri sendiri.

Naib Presiden Parti Gerakan, A Kohilan Pillay ketika mengulas kenyataan Presiden PAN, Mohamad Sabu bahawa PH akan menyelesaikan isu Kad Pengenalan Merah di kalangan masyarakat India jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Sikap bias Mat Sabu sekali lagi membuktikan bahawa pembangkang cakap tidak serupa bikin semasa menangani isu yang membabitkan kepentingan awam.”

“Mereka mendakwa seramai 300,000 orang India di Malaysia tidak mempunyai taraf kewarganegaraan tetapi sehingga kini, tiada sebarang bukti kukuh yang telah dibawa ke depan untuk membuktikan dakwaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Sambung Kohilan, bahawa janji mereka yang terkini untuk menyelesaikan isu Kad Pengenalan Merah tidak boleh dipercayai.

Katanya, kesemua janji dan taburan manis PH adalah demi memenangi PRU-14 dan menawan Putrajaya dan ini bersifat pentingkan diri sendiri.

“Pendirian PH sekali lagi bergantung kepada janji kosong yang bertujuan membina sebuah harapan palsu di kalangan rakyat Malaysia,” tegas beliau sambil menambah sehingga kini, pembangkang tidak pernah mengambil inisiatif untuk tampil ke hadapan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi menangani isu Kad Pengenalan Merah.

Dalam pada itu, Kohilan turut menyoal apakah perubahan yang dilakukan kepada masyarakat India oleh PH, selepas menawan negeri Pulau Pinang dan Selangor.

“Setelah PH menguasai Pulau Pinang dan Selangor, ia sepatutnya berusaha membawakan perubahan yang dijanjikan kepada masyarakat India tetapi mereka lebih gemar menuding jari terhadap BN atau menawar janji manis,” katanya.

Ujarnya, Kerajaan BN telah melancarkan program seperti MyDaftar untuk mendaftarkan orang India yang masih tidak mempunyai kewarganegaraan serta ramai rancangan seperti Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB), Sekretariat Khas untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED) telah dilancarkan bagi membantu masyarakat India.

“Oleh itu, mereka tidak layak mengkritik BN dan sepatutnya mencerminkan diri mereka,” dakwa beliau.

Terdahulu, Mat Sabu dalam satu program Hindraf berjanji bahawa masalah kad pengenalan merah yang dihadapi kaum India akan diselesaikan sekiranya PH menang pada PRU nanti.

Beliau turut mempersoalkan cubaan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan situasi tersebut.-28/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 400  tetamu dalam talian