14November2018

Jamal nak bentang ‘karpet merah’ jika Shahrizat tanding Parlimen Sungai Besar….

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar,Selangor Datuk Seri Jamal Md Yunos akan bentang ‘ karpet merah’ jika Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menjadi calon bagi kawasan Parlimen Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.

Pada satu sidang media di Sungai Besar tengahari Sabtu yang dihadiri Jamal dan Shahrizat serta Datuk Seri Norhayati Onn Ketua Pergerakan Wanita UMNO Selangor,  Shahrizat turut melahirkan rasa terharu dan tersentuh hati kerana 'diterima' untuk bertanding di situ.

Shahrizat berkata,  beliau bukan 'orang luar' kerana selalu datang ke Sungai Besar semasa arwah Tan Sri Noriah Kasnon jadi pemimpin dan 'berkampung' bersama masyarakat serta jentera parti ketika Pilihan Raya Kecil (PRK)  dua tahun lalu.

"Saya tidak hanya duduk di Kuala Lumpur sahaja,  saya sering turun ke bawah menyelami hati nurani rakyat,  memahami naluri serta cita rasa rak yat peringkat akar umbi.

"Saya amat tersentuh hati dengan kesudian Jamal (Datuk Seri) kerana sedia bentang 'red carpet' sebagai menerima saya untuk tanding di sini, ini suatu penghormatan seorang pemimpin kepada wanita, " kata Shahrizat terharu.

Ditanya kesediaan beliau jadi calon di Sungai Besar. Shahrizat berkata,  kita mesti bersedia untuk segala-galanya,  bukan saja untuk jadi calon, calon payung terjun,  sedia kerja kuat,  sedia hadapi tohmahan dan segala-galanya.

Mengenai kawasan Parlimen Sungai Besar sebagai kerusi tradisi wanita,  Shahrizat menegaskan beliau akan meminta jasa baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi terus mengekalkannya pada calon-calon wanita.

Sebelum itu Shahrizat bersama suami menghadiri majlis perkahwinan anak Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Haji Ramli Norani di Sungai Besar.

Ahli Parlimen Sungai Besar sekarang ialah Budiman Mohd Zohdi yang menang pilihanraya kecil selepas kematian Allahyarham Noriah dalam kemalangan helikopter di Sarawak.-  10/2/2018- OLEH LUKMAN ABDULLAH

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 471  tetamu dalam talian