15November2018

ICERD: Terlajak perahu boleh diundur...

Kebimbangan serta suara yang menentang pelan Kerajaan Malaysia untuk meratifikasi ICERD adalah tindakan yang berasas dan mesti diberikan perhatian serius.
 
UMNO secara jelas dan tegas menzahirkan rasa tidak bersetuju dan ingin menyarankan agar Kerajaan Malaysia membuat penelitian yang lebih terperinci dan mempertimbangkan semula keputusan ini.
 
Lebih-lebih lagi sekiranya didapati bahawa kesan meratifikasi ICERD akan memaksa Malaysia untuk mengubah apa-apa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, peruntukan undang-undang sedia ada atau mana-mana program rekayasa sosial yang kita jalankan selama ini.
 
UMNO, khususnya melalui Majlis Dasar Awam, akan terus memperhalusi perkara ini dan melakukan kerjasama dengan pelbagai pihak dari semasa ke semasa untuk mendapatkan input serta kefahaman yang lebih luas berkenaan ICERD dan kesan-kesannya.
 
Yang pasti, UMNO menggesa Kerajaan Malaysia untuk tidak bertindak terburu-buru dalam perkara ini. Terlajak perahu boleh kita undur. Namun, tersalah langkah dalam menerima konvensyen antarabangsa yang tidak sesuai dengan konteks dan keperluan tempatan, pasti akan mengundang sesalan.-1/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 985  tetamu dalam talian