26Julai2017

Hanya 7 orang hadir dalam ceramah pembangkang di Pengkalan Hulu

ADUN Pengkalan Hulu Aznel Ibrahim tidak cakap besar apabila mendakwa pembangkang di kawasannya tidak mempunyai sebarang pengaruh.

Contoh terdekat dalam PRU ke13 pada 2013 lalu, Aznel bertanding atas tiket BN telah menang dengan memperoleh undi majoriti sebanyak 3,361 undi.

Serangan yang diusahakan pembangkang  melalui beberapa siri  ceramah memperlihat kegagalan mereka menarik penduduk Pengkalan Hulu menghadiri program mereka.  Bayangkan, hanya 7 orang hadir!

Justeru menjelang PRU ke14, walau gendang pilihan raya belum kedengaran namun jentera dan gerak kerja  BN di kawasan DUN Pengkalan Hulu berada pada tahap tertinggi.

Dalam konteks inilah Aznel yakin pengundi di sini akan kekal mengundi calon BN, begitu juga dengan DUN Temenggor dan parlimen Gerik.  Pendek kata, pembangkang perlu fikir semula strategi politik mereka.

Bagi Aznel penduduk khususnya pengundi di kawasan DUN berkenaan tidak `merelakan’ kerusi BN yang sudah sekian lama dimiliki BN terlepas begitu sahaja.

"Atas faktor setia kepada UMNO dan BN inilah maka pengundi-pengundi di DUN Pengkalan Hulu menolak kehadiran parti pembangkang,’’ katanya ketika ditemui di Gerik baru-baru ini.

Menurut Aznel,yang juga lebih mesra dengan panggilan YB Haji, dalam dua kali percubaan dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui mantan PM untuk mengadakan siri ceramah di kampung-kampung namun kehadiran peserta cuma sekadar 30 orang sahaja.

Dalam percubaan kedua siri ceramah pertama itu telah diadakan sebelum menjelangnya Ramadan dengan andaian kononnya kawasan DUN Pengkalan Hulu merupakan kawasan majoriti Melayu dan dikatakan mudah untuk meraih undi.  

"Kita melihat daripada siri perjumpaan pertama  dan kedua  hanya tujuh orang penduduk yang hadir bersama 20 penyokong luar  dengan kehadiran sejumlah lebih kurang 30 orang sahaja,’’ujarnya.

Aznel akui kesetiaan pengundi-pengundi  di DUN Pengkalan Hulu kepada BN memang sejak dulu lagi  atas jasa wakil-wakil rakyat terdahulu terutamanya  mantan MB Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali Jawi yang telah banyak membawa pembangunan di kawasan DUN berkenaan.

"Sebelum saya menjadi wakil rakyat lagi  semasa Tan Sri Tajol menjadi wakil rakyat Pengkalan Hulu banyak pembangunan telah dibawanya antaranya yang dapat dilihat hari ini ialah pembinaan masjid jamek Pengkalan Hulu, yang merupakan sebuah masjid paling cantik bernilai lebih RM6 juta.

"Melalui kepimpinan Tan Sri Tajol juga penduduk mendapat sebuah stadium siap dengan lampu limpahnya membolehkan mereka bermain bola pada waktu malam selain padang hoki dan futsal,’’ katanya.

Aznel berkata bagi meneruskan agenda pembangunan  dan menjadi wakil rakyat bagi penggal pertama selepas pilihanraya umum ke 13 lalu beliau bertekad berusaha membangunkan ekonomi rakyat dalam sector pertanian.

"Sebagai contohnya sekarang kawasan DUN Pengkalan Hulu  merupakan pengeluar durian terkenal `musang king’ terbesar di Perak.

"Setakat ini kita adalah pengeluar durian musang king yang dihasilkan dari kawasan tanaman seluas 200 ekar  dan telah mendatangkan hasil serta di eksport ke China,’’ katanya.

Menurut Aznel, beliau sedang mengusahakan  untuk membangunkan kawasan-kawasan tanah terbiar di kampung-kampung untuk dimajukan dengan tanaman durian klon musang king.

Katanya, terbaru beliau telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang berjanji untuk datang melawat  kawasan DUN Pengkalan Hulu.

"Datuk Seri Tajuddin berjanji akan melawat Pengkalan Hulu untuk melihat  sektor pertanian yang boleh membantu memajukan penanaman durian musang king sebagai usaha meningkatkan pendapatan penduduk,’’ katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan beliau dikekalkan sebagai calon BN pada PRUI ke-14 nanti, Aznel berkata, perkara itu beliau serahkan kepada pucuk pimpinan parti.

"Saya sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik saya terima sebarang keputusan yang dibuat  oleh kepimpinan parti dalam memastikan DUN Pengkalan Hulu, Temengor dan Parlimen Gerik terus kekal mencapai kemenangan besar pada PRU ke -14 dan  menjadi kubu kuat BN.

Perlu disebut DUN Pengkalan memiliki sejumlah 14,000 pengundi yang mewakili pengundi Melayu, masyarakat India, Cina, Siam dan orang asli.

Pada PRU ke-13, N01 Pengkalan Hulu: Aznel Ibrahim- BN (7,206) Abdullah Masnan- PKR (3,845) Menang- BN dengan majoriti 3,361 undi.-13/7/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 716  tetamu dalam talian