23Oktober2017

Guan Eng mungkir janji... belum hantar laporan kajian terowong

RM220 juta sudah 'hangus' tetapi Kementerian Kerja Raya belum menerima laporan kajian projek terowong dasar laut Pulau Pinang seperti dijanjikan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang 18 bulan yang lepas, kata menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng pada mulanya berjanji untuk menyerahkan laporan itu akhir tahun lalu tetapi atas permintaan Lim, ia kemudian ditunda kepada enam bulan lagi selepas kementerian sekali lagi bertanya mengenai laporan tersebut pada Mac tahun ini.

Beliau berkata Lim memberi alasan bahawa kajian mengenai projek itu masih hanya 87 peratus dan akan mengemukakan laporan tersebut apabila kajian selesai.

“Sekali lagi tarikh akhir itu telah berlalu dan sehingga hari ini, kita belum menerima satu halaman pun laporan berkenaan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Fadillah berkata penangguhan itu sangat luar biasa kerana projek tersebut telah ditawarkan pada April 2013.

“Laporan kajian kebolehlaksaan projek terowong yang melibatkan kos RM305 juta belum siap walaupun sekurang-kurangnya RM220 juta telahpun dibayar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang,” kata beliau.

Beliau berkata kementerian telah meminta laporan itu sejak April tahun lalu selepas Lim dalam surat kepada beliau meminta untuk menukar pembinaan terowong kepada jambatan.

“Saya memberitahu Lim bahawa kementerian tidak boleh memberi kelulusan berdasarkan surat dua muka surat dan meminta mereka menghantar kajian kebolehlaksanaan dan reka bentukmengenai ketiga-tiga jalan dan terowong yang melibatkan RM305 juta untuk kos perundingan sahaja,” kata beliau.

Fadillah berkata kementerian amat berminat dan ingin melihat laporan tersebut yang kos bagi kajiannya adalah terlalu mahal berdasarkan pengalaman kementerian.

Beliau berkata, awal tahun ini, Lembaga Jurutera telah membuat pengiraan bahawa harganya adalah 400 peratus lebih tinggi daripada harga yang diwartakan.

Fadillah membidas kerajaan negeri bahawa jika situasi yang sama berlaku pada projek-projek kerajaan Persekutuan, kerajaan sudah tentu dikritik hebat oleh pembangkang dengan dakwaan berlaku amalan rasuah atau kronisme.-10/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 766  tetamu dalam talian