12Disember2018

GST dimansuhkan selepas tiga tahun dilaksana

Akhirnya selepas tiga tahun dilaksana persidangan Dewan Rakyat Rabu meluluskan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Rang Undang-undang (RUU) Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 itu diluluskan  menerusi undian suara selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di peringkat jawatankuasa.

Lim ketika membacakan RUU kali ketiga secara berseloroh berkata: “Akhirnya GST sudah mati.”

Terdahulu, ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan, Lim berkata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bakal diperkenalkan semula pada September ini adalah  lebih mudah dan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat berbanding GST yang dikenakan pada pelbagai peringkat.

“Secara perbandingan, 470,000 peniaga menghasilkan kutipan GST sebanyak RM44 bilion tetapi di bawah SST hanya 70,000 peniaga diperlukan untuk mendapatkan hasil sebanyak RM21 bilion.

“Ini amat jelas pentadbiran cukai dan kos pematuhan cukai akan jadi lebih mudah dan efisien kepada peniaga yang secara langsung memberi kesejahteraan kepada rakyat,” katanya.

GST sebanyak enam peratus di Malaysia diperkenalkan pada 1 April 2015 untuk menggantikan SST.-9/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 294  tetamu dalam talian