19Februari2018

CRCC hanya terima RM3 juta dari kontrak bernilai RM69 juta

Tembelang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung pelaksanaan projek terowong dasar laut di negeri itu tidak mampu disorokkan lagi apabila satu persatu perbuatannya telah terbongkar.
 
Terbaru, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong mempersoalkan dakwaan  China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) yang hanya menerima sejumlah kecil bayaran, tidak seperti dijanjikan sebelum ini.
 
CRCC didakwa  hanya menerima bayaran sebanyak lima peratus daripada jumlah keseluruhan, iaitu kurang daripada RM3 juta, berbanding RM69 juta mengikut nilai kontrak sejak menerima projek terbabit lima tahun lalu.
 
"Saya diberitahu bahawa CRCC tidak mahu meneruskan kerja-kerja di bawah skopnya setelah hanya menerima lima peratus daripada kontrak yang dijanjikan, iaitu sebanyak RM69 juta sejak projek tersebut dijalankan, lima tahun lalu.
 
"Bagaimana mereka hendak meneruskan kerja sekiranya mereka didakwa tidak menerima bayaran seperti yang dijanjikan sebelum ini," katanya.
 
Beliau yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut berkata,  maklumat perjanjian kontrak RM69 juta pembayaran kepada CRCC diperolehinya daripada sumber yang boleh dipercayai dan maklumat tersebut sudah disahkan sendiri oleh Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, baru-baru ini.
 
Tambahnya pendedahan terbabit dianggap mengejutkan kerana skop kerja itu adalah aspek terbesar dari keseluruhan nilai projek berjumlah RM305 juta yang dibauar kerajaan negeri kepada  syarikat konsesi kenderaan keguaan khas (SPV). 
 
“Berdasarkan perangkaan yang diedarkan exco kerajaan negeri, Lim Hock Seng, rekaan komponen projek terbabit mencakupi tiga laluan dan sebuah terowong mencatatkan jumlah RM253.8 juta, masing-masing RM17.5 untuk kesemua laluan serta RM76.3 juta untuk terowong dari keseluruhan RM305 juta itu.
 
“Memandangkan CRCC hanya dibayar RM69 juta untuk kesemua rekaan itu, apakah sebenarnya skop tugasan 34 perunding lagi untuk diberi bayaran sehingga RM236 juta?”
 
"Bagaimana sebuah syarikat kontraktor utama yang mengepalai projek tersebut, yang bernilai RM6.34 bilion, hanya menerima bayaran sebanyak itu sejak lima tahun lepas?," katanya.
 
Dalam projek berkenaan, CRCC dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja reka bentuk tiga jalan dan terowong itu.
 
"Adakah ini salah satu sebab Guan Eng tidak berani menjawab beberapa soalan yang dikemukakan serta desakan saya supaya beliau menunjukkan bukti mengapa CRCC dibayar amaun sebanyak itu," katanya.
 
Ka Siong turut menyelar tindakan Guan Eng yang  mendakwa Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi tekanan ke atas konglomerat CRCC untuk ‘mengundurkan’ diri.
 
"Tuduhan yang dibuat ke atas Presiden MCA itu tidak masuk akal dan jelas memperlihatkan kegagalan DAP menangani isu secara matang," katanya.-12/2/2018
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 758  tetamu dalam talian