23November2017

Bimbang pengundi Gopeng terus sokong pembangkang

Sudah dua penggal Parlimen Gopeng di negeri Perak dikuasai pembangkang namun peruntukan  sebanyak RM6 juta setahun yang diterima ahli parlimen itu tidak dinikmati rakyat.    

Lebih malang lagi peruntukan itu yang sepatutnya untuk membawa program berfaedah kepada rakyat tidak kesampaian selama 10 tahun sehingga ke hari ini.

Senario ini membimbangkan Ketua UMNO bahagian Gopeng Senator Datuk Hamzah Kassim (kanan), yang meminta para pengundi-pengundi di  kawasannya “tidak terus  menganiaya diri mereka sendiri atas kesilapan lampau.”

Katanya``itulah yang saya selalu sebut jangan kita aniaya diri kita kerana kaedah yang sebegini apabila peruntukan itu tidak kita ambil ...peruntukan yang diberikan oleh kerajaan itu untuk ahli parlimen bukan untuk kegunaan ahli parlimen tersebut ...ia adalah kegunaan membantu rakyat.

``Maka kita, rakyat di Parlimen Gopeng telah kerugian berapa banyak? ...kalau dikira peruntukan sebagai asasnya sahaja RM6 juta ...sudah dua penggal kalau 10 tahun berapa banyak kerugian yang ditanggung rakyat Gopeng,'' katanya.

Beliau menegaskan perkara ini perlu diperjelaskan kepada rakyat khasnya pengundi termasuk pengundi Cina agar mereka tidak menganiaya diri mereka sendiri kerana kesilapan lalu.

``Pengundi Cina perlu diperjelaskan bahawa dalam perkara ini tidak kira bangsa sama ada Melayu, Cina atau India... ada keluarga yang berada pada tahap berkemampuan, sederhana ...ada keluarga ditahap dulunya senang tapi atas kehendak ujian Allah menjadi kurang berkemampuan.

``Jadi kita rugi dalam kaedah ini... saya yakin kalau rakyat diperjelaskan dan difahami tentang perkara ini saya yakin mereka akan memberikan sokongan padu kepada BN pada pilihan raya umum ke 14 nanti.'' katanya.

Atas keyakinan iktu Hamzah yakin dan optimis BN dapat merampas semula kerusi Parlimen Gepeng dan tiga kerudi DUN iaitu Sungai Rapat, Teja dan Simpang Pulai pada PRU ke-14 nanti.

Mengenai isu projek lampu isyarat  di kawasan persimpangan Taman Bersatu dan Kampung Sengat yang didakwa  wakil rakyat PKR kononnya atas usaha mereka, Hamzah berkata ia perbuatan tidak matang.

Hamzah berkata, ia jelas mengambarkan betapa pembangkang sudah semakin `desperado' terdesak sehingga cuba mengelirukan dan membohongi rakyat disaat PRU ke 14 semakin hampir sekarang.-19/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 622  tetamu dalam talian