23Jun2017

Bagaimana Kit Siang bertahan selama 48 tahun dalam DAP ?

DAP didaftarkan pada 18.3.1966 setelah usahanya untuk didaftarkan atas nama PAP ditolak RoS.

Ahli Parlimen Bangsar Devan Nair menjadi Setiausaha Agungnya yang pertama. Kit Siang hanya muncul dalam DAP pada tahun 1967 setelah dilantik sebagai Pembantu Peribadi kepada Devan Nair.

Tetapi dalam masa singkat (setahun), Lim Kit Siang berjaya menyingkirkan Devan Nair (bukan orang Cina) dengan menggunakan sentimen perkauman Cina. Itulah senjata politik Lim Kit Siang yang menyebabkannya survive hingga ke hari ini selama 52 tahun sebagai diktator.

Dia menjadi Setiausaha Agung dalam tempoh yang lama sebelum anaknya mengambil alih. Jawatan itu bukan dipilih secara demokratik sama ada oleh ahli parti atau perwakilan di Kongres Nasional DAP.

Mungkin ramai yang tidak faham, iaitu perwakilan yang menghadiri Kongres Nasional DAP akan memilih 20 AJK Pusat (CEC) yang dikuasai oleh Lim Kit Siang selama 48 tahun.

20 orang inilah yang akan memilih mereka yang memegang jawatan tertinggi parti seperti Setiausaha Agung dan Pengerusi parti.

DAP mempunyai 3 kategori cawangan iaitu kategori A, B dan C.

Cawangan status A sahaja yang layak menghantar perwakilan ke Kongres Nasional DAP. Manakala yang bertaraf B hanya sebagai pemerhati. Setakat ini ada 865 cawangan sahaja yang memiliki sijil A iaitu Selangor (210), Perak (250), Penang (150), Sabah/Sarawak (100) dan Johor (90) cawangan. DAP tidak ada sistem Bahagian.

Mana mana cawangan yang menentang akan di downgrade ke Kategori B atau C yang tidak layak menghantar perwakilan ke Kongres Nasional DAP. Berbagai alasan akan digunakan.

Johor yang menjadi negeri tumpuan DAP pada PRU ke 14 hanya mempunyai 90 cawangan. Sebab itu Dr Boo Cheng Hau gagal untuk menentang pentadbiran kuku besi Lim Kit Siang.

Tetapi kini dengan faktor umur dan anaknya Lim Guan Eng pula berhadapan dengan kes perbicaran rasuah, Dinasti Lim semakin lemah.

Tetapi Lim Kit Siang akan berterusan menggunakan sentimen Cina untuk mengekalkan kepimpinan autokratiknya. Dia tetap Ketua De facto Pakatan Harapan.-20/3/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1095  tetamu dalam talian