15November2018

Amboi... tingginya gaji Lim Guan Eng

Gaji minimun rakyat yang dinaikkan PH selepas jadi kerajaan hanyalah RM50, iaitu daripada RM1000 yang dilaksanakan BN.

Padahal dalam manifesto, mereka tetapkan RM1500. Konon sebab tak ada duit, hutang banyak dan lain-lain.

Tapi tengok senarai gaji pak-pak menteri zaman PH ini ramai yang geleng kepala.

Rata-rata menteri berpendapatan lebih RM50,000 sebulan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng misalnya mendahului 47 ahli Parlimen kerajaan dan barisan Kabinet dalam senarai perisytiharan harta yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Setiausaha agung DAP itu mengisytiharkan pendapatannya berjumlah RM86,464.43 pada 10 Oktober lalu, diikuti Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mempunyai pendapatan sebanyak RM77,629.68.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di tempat ke-3 dengan pendapatan RM75,861.57.

Pendapatan Ahli Parlimen Petaling Jaya yang juga bekas pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah “paling rendah” dalam kalangan ahli Parlimen parti pemerintah itu, iaitu RM21,000.

Senarai itu tidak menyatakan jenis pendapatan atau kekerapannya, dengan beberapa ahli Parlimen mengisytiharkan pendapatan yang digabungkan dengan pasangan dan anak mereka.

Seorang ahli Parlimen mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM25,700, termasuk elaun, kos pengangkutan dan telefon serta untuk menghadiri mesyuarat.

Maria ketika dihubungi berkata, pendapatan RM21,000 itu berdasarkan apa yang beliau terima pada Mei dan Jun lalu.

Ahli Parlimen kerajaan lain dalam senarai perisytiharan harta seperti berikut:

1. Chow Kon Yeow (RM73,576.15)
2. Tan Sri Muhyiddin Yassin (RM72,276.37)
3. Teresa Kok (RM68,142.66)
4. Datuk Mohammaddin Ketapi (RM67,483.43)
5. Datuk Mansor Othman (RM60,719.00)
6. Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (RM59,065.39)
7. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (RM59,048.33)
8. Gobind Singh Deo (RM58,100.98)
9. Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh (RM56,496.31)
10. Datuk Ngeh Koo Ham (RM55,908.33)
11. Datuk Amiruddin Hamzah (RM55,112.00)
12. Dr Xavier Jayakumar (RM53,736.49)
13. Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (RM53,736.48)
14. Datuk Saifuddin Abdullah (RM52,504.48)
15. Zuraida Kamaruddin (RM51,236.48)
16. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (RM50,253.88)
17. Dr Lee Boon Chye (RM47,000)
18. Ong Kian Ming (RM41,500)
19. Pang Hok Liong (RM39,231)
20. Hannah Yeoh (RM37,882.88)
21. RSN Rayer (RM37,800)
22. Hanipa Maidin (RM36,262.89)
23. Steven Sim (RM35,122.89)
24. Datin Paduka Tan Yee Kew (RM34,772.82)
25. Datuk Liew Vui Keong (RM33,736.48)
26. Chan Ming Kai (RM32,000)
27. Teh Kok Lim (RM31,803)
28. Hasan Bahrom (RM31,700)
29. Tony Pua (RM30,600)
30. Hassan Abdul Karim (RM29,700)
31. Cha Kee Chin (RM29,700)
32. Wong Chen (RM29,200)
33. Alice Lau Kiong Yieng (RM28,700)
34. Willie Anak Mongin (RM26,450)
35. Nik Nazmi Nik Ahmad (RM25,900)
36. Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (RM25,700)
37. Wong Hon Wai (RM25,700)
38. Tan Kok Wai (RM25,700)
39. Khoo Poay Tiong (RM25,700)
40. Syed Ibrahim Syed Noh (RM25,700)
41. Steven Choong Shiau Yoon (RM25,600)
42. Noorita Sual (RM24,500)

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 369  tetamu dalam talian