23November2017

Ambil iktibar sejarah lampau, elak perpecahan menghancurkan negara

Rakyat Malaysia perlu belajar melalui sejarah bagi menggelak daripada mengulangi kesilapan lampau yang hanya akan merugikan negara bagi tempoh jangka panjang.
 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak catatan sejarah dunia boleh dijadikan iktibar terutama berkaitan kejatuhan sesuatu kerajaan dan empayar hanya kerana perbalahan sesama sendiri oleh pemimpin dan rakyat.
 
"Kita boleh berbeza pandangan tetapi jangan sampai perbezaan pandangan kita menghancurkan negara," katanya pada majlis makan malam bersama Diaspora Malaysia di Istanbul.Sabtu malam.
 
Timbalan Perdana Menteri berada di Turki sejak Khamis bagi mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) yang berlangsung di sini.
 
Ahmad Zahid berkata kerajaan sekarang gigih untuk memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang dikagumi dunia dalam setiap bidang melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.
 
"Kita mahu Malaysia berada di tahap 20 negara terbaik dunia menjelang 2050," katanya.
 
Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Duta Besar Malaysia ke Turki Datuk Abd Razak Abdul Wahab, Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim serta pegawai kementerian luar, ahli perniagaan dan pelajar Malaysia.
 
Pada majlis ramah mesra itu, Timbalan Perdana Menteri turut berkongi pengalamannya melawat kem pelarian Rohingya di Kutupalong di Cox's Bazar, Bangladesh pada awal minggu ini yang menyaksikan ribuan pelarian itu hidup dalam keadaan sengsara dan serba kekurangan.
 
Menurutnya Malaysia dan Turki di bawah kepimpinan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bersepakat untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian itu termasuk melalui komitmen Malaysia bagi membina sebuah hospital lapangan lapangan yang dilengkapi 50 katil di Cox's Bazaar supaya lebih ramai pelarian menerima penjagaan kesihatan lebih baik.
 
"Presiden Erdogan sendiri bersetuju untuk membekalkan 20,000 buah khemah, kemudahan sekolah serta menyediakan bekalan makanan dan minuman termasuk pakaian kepada pelarian Rohingya," katanya.- 22/10/2017
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 653  tetamu dalam talian