18Julai2018

Agenda DAP gunakan Melayu untuk berkuasa - MCA

Pengundi Melayu dinasihatkan tidak terpengaruh dengan agenda DAP yang kini menggunakan kaum itu semata-mata untuk mendapatkan kuasa di peringkat Pusat.

Ahli Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, atas faktor berkenaan, DAP kini bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun suatu ketika dahulu cukup membenci keduazdua pemimpin berkenaan yang dituduh rasuah dan mengamalkan pemerintahan kuku besi.

Katanya, pemimpin DAP khususnya Lim Kit Siang juga sebelum ini langsung tidak mempedulikan undi orang Melayu kerana dasar perkauman yang diamalkan parti berkenaan.

"Sikap hipokrasi ini perlu didedahkan kerana perbuatan adu domba yang sering mereka (DAP) lakukan akan menyebabkan negara tidak tenteram," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika ceramah isu semasa bersama Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dan Pemangku Ketua Pemuda Gerakan negeri, Jason Loo di Tasek Gelugor Rabu malam.

Katanya, orang Melayu juga perlu waspada kerana DAP juga menggunakan strategi  pemimpin PAP di Singapura, Lee Kuan Yew yang membuatkan orang Melayu bergaduh sesama sendiri.

Pada masa sama, Lian Ker berkata, sikap hipokrit DAP semakin terserlah selepas dua penggal diberikan peluang untuk memerintah negeri ini.

Katanya, slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dilaungkan juga tidak dipraktikan apabila banyak persoalan melibatkan kepentingan rakyat negeri ini tidak dijawab.

"Dalam kontroversi projek terowong dasar laut, MCA mengemukakan pelbagai persoalan namun Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak menjawab," katanya.

Berhubung pilihan DAP yang mahu menjadikan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, Lian Ker berkata, keputusan berkenaan turut menonjolkan sisi hipokrasi DAP.

"Selama 22 tahun Dr. Mahathir memerintah dan DAP menuduh beliau (Dr. Mahathir) mengamalkan pentadbiran kuku besi, namun kini nada mereka berubah," katanya.-12/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 479  tetamu dalam talian