Rab05222013

Kemaskini terakhir08:50:25 PM GMT

Back Berita Utama Analisa

Analisa

Kelangsungan dasar pendidikan melalui gabungan kementerian...

  • PDF
Dua minggu sebelum pengumuman senarai Jemaah Menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada rakan-rakan bertanya kepada saya mungkinkah kali ini Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan disatukan semula seperti dulu.

Jawapan saya ia tidak mustahil kerana ada negara lain yang menggabungkan semula kedua-dua kementerian selepas berpisah beberapa tahun contohnya Thailand.

Selepas Pilihan Raya Umum 2004 Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi mewujudkan kementerian baharu iaitu Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran.

Rasionalnya kementerian itu terlalu besar dari segi bilangan pelajar, guru dan pensyarah bermula dari prasekolah hingga ke peringkat universiti.

Di samping itu...

Baca Lagi...

Ugutan anarki: Bagaimana tindakan polis?

  • PDF
Tanpa berselindung lagi, elemen anarki tempatan sudah menggugut kerajaan - "Kita akan gulingkan kerajaan menerusi protes jalanan besar-besaran". Itulah yang diucapkan oleh Harris Ibrahim, pemimpin pergerakan ABU (Asalkan Bukan UMNO) pada satu perhimpunan yang dihadiri 1,000 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.

Katanya lagi, dia tidak berhasrat menggunakan kekerasan, tetapi menerusi "kuasa rakyat" (people power). Rakyat tak boleh tunggu lima tahun lagi...

Baca Lagi...

Pasca PRU13 dari kacamata Zahid Hamidi

  • PDF
Dakwaan pembangkang yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) begitu terpukul dengan pencapaian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) harus disanggah.

Pembangkang mendakwa BN hanya memperolehi 133 kerusi di Dewan Rakyat dan tidak dapat menguasai dua pertiga suara majoriti. Sedangkan BN hanya memerlukan 15 kerusi sahaja untuk memperolehinya.

Hakikatnya, pakatan pembangkang amat kecewa kerana kegagalan mereka untuk menguasai Pusat Pentadbiran Putrajaya. Pembangkang hanya memperolehi 89 kerusi...

Baca Lagi...

Hidup dan mati demokrasi...

  • PDF
Demokrasi yang diamalkan di negara ini seperti juga di negara lain satu proses yang tidak berpenghujung. Ia adalah proses yang tidak akan menemui titik noktah.

Maksud dan proses demokrasi di serata dunia sentiasa berubah. Ia berubah-ubah dari satu masa ke satu masa atau dari satu peringkat kepada satu peringkat lain. Ini kerana tidak mungkin sesebuah masyarakat itu akan berpuas hati dengan pencapaian yang diperoleh. Perkara ini mungkin sesuatu yang lumrah. Manusia mahukan yang baik ditambah...

Baca Lagi...

Kabinet: Satu lagi nasihat yang tidak diminta

  • PDF
Kita pun tidaklah terlalu tidak cerdik untuk mengetahui bahawa melantik anggota Kabinet adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.

Orang macam kita tidak ada hak dan bukan “prerogative” kita melantik anggota Kabinet. Tetapi, sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai, kita ada hak dan “prerogative” kita memberi pandangan, menegur dan mengkritik Perdana Menteri.

Atas dasar dan semangat itulah, saya akan memberi nasihat yang tidak diminta dan, boleh jadi juga, sangat-sangat...

Baca Lagi...